Semua Isteri Tom Cruise Diceraikan Di Usia 33 Tahun

Pelik atau hanya satu kebetulan, peminat peminat Tom Cruise pelik apabila pelakon itu menceraikan isteri isterinya pada usia 33 tahun. Isteri pertama Cruise, Mimi Rogers dan isteri yang kedua dinikahinya Nicole Kidman bercerai pada usian 33 tahun. Terbaru Katie Holmes yang dinikahi oleh Cruise tahun 2007  menfailkan permohonan cerai pada usia 33 tahun juga.

Laporan msnbc menyebut bahawa penceraian dalam setiap kes muncul apabila wanita yang menjadi fokus mencecah 34 tahun. Holmes akan genap 34 tahun Disember ini.

Portal itu juga berkata bahawa maklumat mengenai tahun secara kebetulan itu disedari peminat-peminat mereka yang mengikuti perkembangan pasangan tersebut menerusi laman sosial.

“Apa yang aneh ialah ketiga-tiga perkahwinan Cruise yang gagal berakhir ketika kesemua wanita terbabit berusia 34 tahun?” kata Karen D’Souza menerusi Twitter.
Peminat-peminat lain cuba mencari hubungan antara nombor 33-34 dan kepercayaan ‘Scientology’ Cruise.

Cruise bersandarkan pada kepercayaan itu ketika menamakan anak perempuannya sebagai Suri.

Apakah benar juga dakwaan dan kabar angin mengatakan Tom Cruise dan Katie Holmes hanya kahwin kontrak?

Katie Holmes dan Tom Cruise Kahwin Kontrak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Semua Isteri Tom Cruise Diceraikan Di Usia 33 Tahun”

  1. Juan says:

    mcm mcm hal lah artis barat nih
    Juan recently posted..Eyriqazz vs Denaihati

  2. akubiomed says:

    Mungkin ada kaitan penceraian beliau ada kaitan dengan agama yang dianuti oleh beliau iaitu Scientochology.
    akubiomed recently posted..Baby Aslah bermain arnab comel di Floria Putrajaya 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold