Samarinda Ameera Episod Minggu Akhir

Slot Samarinda Ameera yang mempunyai 25 episod semakin hampir ke minggu penamatnya. Malam ni  Puan Suraya sudah mengetahui rahsia yang disembunyikan oleh Amir dan Ameera, anak yang dikandung Zila rupanya cucunya yang sebenar dan Ameera menipu dia selama ini kerana berpura-pura mengandung.

Puan Suraya mengamuk kerana ditipu oleh Ameer dan Ameera.Anehnya Puan Suraya berusaha mencari Zila dan menerima Zila sebagai menantunya.Puan Suraya menyebelahi Zila dalam kes tuntutan anaknya.Puan Suraya tidak mahu Ameer menceraikan Zila kerana dia memang sudah sayang kepada Zila. Sebaliknya Puan Suraya mahu Ameer menceraikan Ameera. Ameera pula mahu mempertahankan Ameer.

Zila mahu hidup bersama Ameer sampai bila-bila walaupun terpaksa bermadu.Ameer serba salah. Ameera pula tidak mahu bermadu dan mahu mempertahankan Ameer sebagai hak mutlaknya.

Episod 22 - Puan Suraya semakin membenci Ameera

Puan Suraya mengingatkan Ameer Zila juga isterinya. Menyedari Puan Suraya memberi sokongan kepadanya, Zila mula dia ada harapan untuk menjadi isteri Ameer selama-lamanya. Namun Ameera erusaha menghalang Zila mendekati Ameer. Puan Suraya pula campur tangan dan memberitahu Ameer sepatutnya menceraikan Ameera yang mandul. Kemarahan kepada Ameera kerana mandul dan menipunya membuatkan Puan Suraya turut membenci Ameera.Ameer mencadangkan Ameera berpindah ke rumah lain.Ameera enggan meninggalkan rumah.

Ameera tepaksa menahan sabar dengan kerenah Zila dengan Puan Suraya.Dalam banyak keadaan Puan Suraya mahu Zila melayan Ameer,bukannya Ameera. Ameera seperti kehilangan hak sebagai isteri pertama. Zila berusaha berbaik-baik dengan Ameera dengan harapan Ameera mahu menerimanya sebagai madu. Walau apapun keadaannya,Ameera tetap memusuhi Zila. Ameera mula menjadi kurang ajar kepada Puan Suraya kerana Puan Suraya asyik menyebelahi Zila. Ameer paling tertekan menghadapi gelora rumahtangganya.

Episod 23  Farok menculik anak Zila

Zila pula bertindak mencederakan Ameera yang dianggap menjadi penghalang kebahagiaannya dengan Ameer. Ameer menganggap Zila sudah gila. Secara tak sengaja Ameer menampar Zila. Zila keluar rumah membawa anaknya. Ameer tidak peduli walaupun dia kecewa kerana tidak dapat memiliki anaknya.

Zila membawa anaknya ke rumah sewa Zarul. Zarul tidak suka apa yang dilakukan oleh kakaknya.Dia mahu Zila berbincang dengan Ameer dengan cara baik.Puan Suraya memaksa Ameer mencari Zila dan cucunya. Ameer mencari ke sana ke mari tetapi tidak berjumpa. Ameer dengan geram memberitahu Puan Suraya yang dia tidak akan mencari Zila.

Dalam masa yang sama Faruk mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku.Faruk menghubungi Puan Suraya dan memberitahu yang Zila adalah pelacur yang diupah mengandungkan anak Ameer. Puan Suraya terkejut dan jatuh pengsan.Faruk berjaya menjejaki Zila dan menculik Zila dengan anaknya. Faruk meminta wang tebusan RM5 juta atau dia akan membunuh anak Ameer dan Zila. 

………………………………………………..

Saksikan minggu akhir yang semakin mendebarkan dan penuh tragis, Farok semakin kejam mengugut mahu membuang anak Zila dari bangunan ketika Zarul cuba menyelamatkan anak Zila.

Episod 24 seterusnya

Faruk berjaya jejaki Zila dan menculik anak Zila. Dia mengugut untuk mendapatkan wang 5 juta. Ameer berusaha menyediakan wang RM5 juta untuk mendapatkan anaknya. Puan Suraya menyalahkan Ameera atas apa yang berlaku.Kalau tidak kerana kemandulan Ameera semua itu tak mungkin berlaku.

Ameera meminta bantuan abangnya mencukupi duit RM5 juta yang diminta Faruk.Puan Suraya tidak dapat menerima kenyataan cucunya anak pelacur. Da tidak perduli samada anak Ameer diselamatkan atau tidak.Bagaimanapun dia juga memikirkan bayi itu adalah anak Ameer dan darah dagingnya. .Ameer berjaya menyediakan wang RM5 juta.

Sampai tempoh yang diberi Faruk, Ameer menghantar wang tersebut kepada Faruk. Dalam masa yang sama, Ameera menghubungi pihak polis walaupun Faruk memberi amaran sebelum itu.

 

Episod akhir

Maaf la saya tak suka langsung ending Ameera ni, ntah apa apa ntah, polis boleh je tangkap si Farok tu, penjahat yang kena tembak tak kan boleh lari laju. Jarak polis kejar dengan penjahat tu  tak sampai 2 meter pun,   tup tup hilang pulak, main main pusing pusing bagunan ..eh eh boleh masuk dalam kereta si Ameer balik rumah  pergi tembak Ameer lah pulak. Haha lawak sungguh ending!!

Jalan cerita dari awal sampai nak last cerita ni ok je, tapi ending spoil.

Tak jadi lah tragisnya..pemandu Puan Suraya tadi yang cakap besar boleh tikam orang..ok lah jadi hero tikam Faruk.

OK tamat. Sad ending Ameer mati, menyesal puan Suraya nak cucu sangat tapi kehilangan anak.

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Samarinda Ameera Episod Minggu Akhir”

  1. iAwani says:

    cuma dapat ikuti perkembangan drama ni dari Nuriz saja, di ruma saya cuma ada laptop dan talian internet, TV tidak ada sebab jarang menonton.
    iAwani recently posted..Ren Ng CEO Lytro Letak jawatan

  2. Amirez says:

    hari tu tertengok cerita ameera ni tapi tak berjaya menambat hati untuk follow episod seterusnya huhu
    Amirez recently posted..Nafas Baru Bersama ServerFreak

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold