Remy Ishak Kecil Hati Dituduh Pukul Tiz Zaqyah

Pelakon Remy Ishak meluahkan perasaan sedih dan kecil hati apabila dituduh dia memukul dan berkasar dengan kekasih hatinya Tiz Zaqyah. Namun Remy akan tetap tabah menempuh segala dugaan dan tuduhan liar yang dianggap sengaja dibuat atas dirinya.

“Saya tidak pernah bersikap kasar kepada Tiz. Itu semua tidak benar. Saya agak sedih dan kecil hati apabila ada pihak yang membuat tuduhan itu. Tetapi saya sabar kerana saya tahu, sebagai artis, macam-macam usikan yang akan saya terima.

“Tuduhan ini saya anggap sebagai “tuduhan nakal”. Saya kuat untuk menempuh semua ujian-ujian itu,”

Remy dan Tiz masih lagi kekasih

Ada juga gosip dan dakwaan yang mengatakan dia dan Tiz sudah berpisah kerana berlaku perselisihan dan beberapa luahan Remy yang seakan-akan tawar hati dengan layanan Tiz kepadanya sejak akhir akhir ini. Remy pernah meluahkan yang kekasihnya tu tidak melayan dia dengan baik semasa dia jatuh sakit tempoh hari.

 

Remy kesal tulis di twitter

Remy akui dia tulis luahan hati semasa tertekan dan perasaan berkecamuk.

“Masa saya tulis itu, saya mungkin stres. Jadi, macam-macam ayatlah yang keluar tetapi saya tidak bermaksud apa-apa. Mungkin orang yang salah tafsir. Apa-apa pun selepas ini saya akan lebih berhati-hari lagi untuk menulis sesuatu,”

Artikel berkaitan:

Remy mengadu di twitter Tiz layan dia macam sampah

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold