Raja Azmi Dihimpit Tan Sri

Pengarah filem, Raja Azmi yang baru bercerai dengan Jalani Sidek pada 27 Jun lalu kini dihimpit seorang Tan Sri.Raja Azmi mengakui vvip berstatus Tan Sri itu kawan baiknya yang dikenali 2 tahun lalu tapi terputus hubungan. Selepas bercerai, kawan baiknya tu yang juga seorang duda menghubunginya dan mahu berkawan semula.

Ohoo..!! cepat betul dapat pengganti ye Raja Azmi hehehe!!

 

dipetik dari laporan mstar online, Raja Azmi mengakui :

“Memang benar ada seorang lelaki berstatus Tan Sri mahu berkawan dengan saya tetapi tiada apa-apa yang serius buat masa ini. Lelaki itu sebaya dengan saya dan merupakan seorang duda.

“Sejak dia dapat tahu mengenai perceraian saya di media, dia kerap menghubungi saya dan bersungguh-sungguh ingin mengenali dengan lebih dekat,”

“Saya mengenali dia dua tahun yang lalu. Malah bekas suami pun tahu kerana kami adalah rakan perniagaan tetapi kami sudah tidak berhubung selama setahun setengah.

“Saya terkejut apabila dia menghubungi saya secara tiba-tiba dan meluahkan hasrat untuk berkawan dengan saya. Saya belum bersedia untuk berjumpa dengannya walaupun dia sering mengajak saya keluar,”

 

Raja Azmi tak mahu gelojoh

“Saya tidak perlu gelojoh dalam hal sebegini. Soal hati dan perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. Biarlah ia berlaku secara semula jadi jika benar ada jodoh antara kami.

“Buat masa ini, saya tidak mahu membebankan fikiran mengenai soal hubungan. Saya mahu menjalani hidup solo dengan sepuas-puasnya,”

Raja Azmi mempunyai 3 orang anak dengan Jalani Sidek,  iaitu Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18, dan seorang cucu yang berusia setahun iaitu Muhammad Akid Mohd Shadan.

Raja Azmi bercerai dengan bekas suami kerana tak tahan dengan tohmahan masyarakat mengenai dirinya yang banyak dikaitkan dengan gosip gosip liar, tapi nampaknya ada lagi gosip yang menghimpit Raja Azmi lepas cerai.

Kalaulah Raja Azmi ada jodoh dengan duda ni ye..bergelar Puan Sri lah pasni :)
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Raja Azmi Dihimpit Tan Sri”

  1. akubiomed says:

    Cepat betul cinta bertaut. Mungkinkah ini dinamakan jodoh.
    akubiomed recently posted..Bidikan bunga-bunga di Floria Putrajaya 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold