Pembatalan konsert Konsert Salaam Sami Yusuf pada 14 Julai lalu disifatkan tindakan tidak profesional oleh Kumpulan Rabbani. Rabbani meluahkan perasaan kecewa dengan tindakan penyanyi antarabangsa itu kerana ramai pihak terpaksa menanggung kerugian contohnya peniaga sudah membuat persiapan untuk konsert terbabit dan juga pihak penganjur .
Pada 12 Julai lalu, pihak penganjur telah memaklumkan pada saat-saat akhir mengenai konsert berkenaan dan meminta orang ramai menebus semula tiket yang sudah dibeli.
Sami menerusi laman Twitter miliknya pula memberitahu pembatalan konsert yang turut menampilkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Rabbani itu disebabkan oleh masalah permit.
Tambah Azadan, kejadian tersebut telah menjejaskan reputasi mereka sebagai artis dan syarikat di mana ia mampu menjejaskan hubungan sesama rakan perniagaan lain.
“Biasanya orang akan menilai sesebuah syarikat berkenaan berdasarkan rekod reputasi yang sedia ada dan pembatalan konsert ini sedikit menjejaskan kredibiliti pihak kami.
“Kami agak segan dengan pihak luar, tetapi nak buat macam mana? Ia satu pengajaran yang besar buat kami dan pihak yang terlibat bagi konsert ini,” tuturnya dengan nada kesal.
Bagaimanapun, walaupun Rabbani kurang gemar dengan cara kerja Sami yang tidak profesional, ia tidak bermakna mereka ingin bermusuh dengan penyanyi itu.
Beritahu Azadan, pihaknya cuma lebih berhati-hati apabila melibatkan kerjasama dengan Sami pada masa akan datang dan masih lagi berkawan sebagai rakan artis.
mstar online
July 18th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

x jd dtg malaysia la ni..
sis…apa yg aku pasan, butang SHARE fb tu mcm da x boleh guna dah….dlm blog aku pun sebelum ni aku ada guna fb share counter tu. tp kuar link je skang…la ni, aku guna LIKE…
APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #51 – Mandi Manda
ye ke tak tau lah pulak apa jadi.dulu ok je
Aduh, secara langsung pembatalan itu juga banyak mencemarkan imej Rabbani sebagai penyanyi nasyid Islamik. Mesti ada hikmah disebalik musibah.
iAwani recently posted..Hp Kekal Penjual PC Terbanyak, Lenovo Meningkat