Polis Mengamuk di Hotel Ada Masalah Keluarga

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.50 pagi itu, pegawai polis berusia 32 tahun berkenaan datang ke hotel tersebut bersama tiga rakannya untuk menginap. Difahamkan, berlaku pertengkaran antara pegawai polis itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi dipercayai berpunca daripada salah faham berhubung pemulangan duit baki pembelian aiskrim.

Polis telah melengkapkan kertas siasatan kes seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang mengamuk di Seremban 2 Selasa lepas sehingga mengakibatkan beberapa kenderaan rosak.

Kertas siasatan itu akan dikemukakan kepada pihak pendakwa raya dalam minggu ini untuk tindakan lanjut, kata Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Manan Mohd Hassan kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, pegawai polis yang berusia 32 tahun yang telah berkeluarga itu ditahan reman selama dua hari mulai semalam dan dia kini dibebaskan dengan jaminan polis.

Dalam kejadian pada pukul 2.50 pagi itu, pegawai polis terbabit dikatakan ke hotel itu bersama rakannya dan difahamkan berlaku pertengkaran antara pegawai itu dengan dua pekerja hotel di kaunter lobi.

Kejadian itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan, katanya.

Abd Manan berkata, hasil siasatan mendapati pegawai polis yang telah 10 tahun berkhidmat dalam pasukan polis dan mempunyai masalah keluarga serta mungkin berada dalam keadaan tertekan.

“Semasa kami tahan pegawai itu, kami tidak menjumpai apa-apa senjata. Pegawai itu baru pulang daripada bercuti dan senjatanya telah diserah sebelum dia bercuti,” katanya sambil memberitahu bahawa pegawai berkenaan ke hotel itu untuk berehat.

Beliau berkata, selain siasatan mengikut undang-undang, pihaknya juga akan menjalankan siasatan dalaman terhadap pegawai itu bagi tindakan tatatertib.

Ditanya sama ada pegawai itu dipengaruhi dadah semasa kejadian, Abd Manan berkata setakat ini ujian air kencing yang dijalankan adalah negatif.

Pegawai itu baru lapan bulan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban. Sebelum ini dia bertugas di Bahagian Jenayah Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur dan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam pasukan polis, pegawai itu tidak mempunyai masalah disiplin. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Polis Mengamuk di Hotel Ada Masalah Keluarga”

  1. Rizz says:

    ooooo…sebab tu lah…
    tak nampak macam bertengkar pun..macam nak buli dan belasah ja..
    Rizz recently posted..Bumi:Inilah suara aku..

  2. akubiomed says:

    Terpulang kepada kebijaksanaan pihak polis untuk merungkai kes ini.
    akubiomed recently posted..Pembukaan iDarts Quad Malaysia di Sunway Giza | Kota Damansara

  3. iAwani says:

    menjadi seorang anggota polis amat sukar, amat mencabar fizikal dan mental. Kisah ini perlu dijadikan pengajaran.
    iAwani recently posted..Firefox OS Sedia Untuk Download

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold