PM Umum Dana Sukarelawan DRe1M 100 Juta

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  mengumumkan peruntukan RM100 juta kepada Dana Sukarelawan Satu Malaysia (DRe1M) untuk menyokong aktiviti sukarelawan di kalangan belia negara ini.

Menurut beliau, dana ini boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk sukarelawan melibatkan golongan belia.

“Belia digalakkan memohon menggunakan permohonan di atas talian (online) bagi memudahkan dan mempercepatkan proses bagi mendapatkan dana,” kata beliau pada majlis pelancaran program 1Malaysia For Youth (1m4U) di sini, hari ini.

Tambah beliau, dana ini juga merupakan ‘seed money’ bagi para belia gunakan dalam menjalankan sebarang aktiviti yang berasaskan sukarelawan.

“Apa-apa aktiviti berbentuk sukarelawan seperti gotong-royong, membersihkan kawasan pantai layak memohon dana ini,” kata beliau.

Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan 2013 sebagai Tahun Sukarelawan Negara.

sumber: Sinar Harian

 

……………………………………

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “PM Umum Dana Sukarelawan DRe1M 100 Juta”

  1. djdanchef says:

    banyak sungguh dana yg diberi tahun ini
    djdanchef recently posted..TAHNIAH DATO FAZLEY JUARA MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA |SIAPA PEMENANG

  2. iAwani says:

    jumlahnya banyak. Dari perspektif politik, ia seakan imej untuk menaikkan level parti pimpinan beliau di mata rakyat. Dari perspektif rakyat, bantuan ini benar-benar tidak disangka.
    iAwani recently posted..Kenapa Digg Gagal – Kevin Rose

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold