Pengalaman Bedah Gigi Bongsu

Banyak sudah saya membaca pengalaman orang yang pernah membuang gigi geraham bongsu. Bukan apa nak cari maklumat dan info. Bukan tak pernah, memang dulu dah pernah buat. Saya dan pernah merasai perit dan betapa fobia untuk buang gigi geraham paling akhir sekali atau orang panggil gigi bongsu. Saya dah pernah menjalani pembedahan membuang geraham bongsu di sebelah kanan.

Jangan tipu doktor.

Oleh sebab pada masa  doktor bedah gigi saya tu , tahun 2005, saya  ada alami sakit gigi yang tak lah sakit sangat tetapi rupanya tetap memberikan kesan ketika di cabut. Selalu doktor pesan dan tanya untuk pastikan kita tak sakit gigi sebelum dicabut gigi tu.

Oleh sebab saya fikir tu bukan masalah besar saya minta doktor teruskan jugak. Saya tipu kata saya tak sakit pun. Akhirnya semasa doktor bedah 50 % gigi saya tu, saya rasa sakit sangat walaupun sudah 4 jarum ubat kebas dicucuk. Doktor jahit semula dan suruh balik makan ubat antibiotik dulu kemudian seminggu lagi datang balik untuk habiskan operation.

Allah saja lah yang tahu betapa seksa dan sakitnya masa lepas habis makan ubat tahan sakit tu dan ubat bius dah hilang, terasa seperti ada besi gerudi di dalam gusi, berdenyut denyut lagi. Itulah pengalaman yang buat saya fobia sangat.

Selepas seminggu saya pergi semula untuk dibedah, kali ni memang betul dan yakin gigi dah tak sakit semasa dicabut tu selepas diberi ubat bius. Tapi sakit lepas bedah tu memang biasa lah. Kiranya saya sakit 2 kali lah…huhu . Lain kali jangan tipu doktor ye.. yang sakit kita… bukan doktor.

Bedah gigi bongsu lagi

Ok tu tahun 2005, ni tahun 2012, selepas 7 tahun saya tunggu nak buang gigi geraham bongsu bawah sebelah kiri ni..bukan apa..ditangguhkan sebab saya fobia kejadian yang dulu tu.

Akhirnya saya nekad nak buang sebelum tiba bulan puasa, walaupun gigi ni tak sakit tetapi menjengkelkan kerana menganggu sebab makanan selalu masuk dan payah nak cuci , lubang pun dah mula nak membesar. Sebelum sakit gigi baik pergi buang aje.

Saya pergi ke klinik yang dulu saya buat pembedahan gigi geraham bongsu, doktor bagi tarikh nak bedah. Kali ni doktor dah bagi tahu yang gigi ni rumit sikit dari yang dulu sebab gigi ni terbaring atau kedudukannya horizontal.

lebih kurang begini kedudukan gigi bongsu saya

Dalam hati saya memang dah cuak dan takut bila memikirkan kata kata doktor tu. Dulu pun aku sakit teramat sakit kalau lah yang ni rumit…apa lah nak jadi pulak lepas ni, sakit macam mana lah pulak ni? itu lah yang selalu saya pikirkan, hingga tak lalu makan dibuatnya. Berat badan pun dah semakin berkurangan..huhu…

 

Gagal lagi membuang geraham bongsu

Doktor yang sama, kali ni bila tiba tarikh pembedahan kecil nak buang gigi bongsu tu, saya pergi dengan rasa fobia dan cuak mengigil gigil tak dapat ditahan lagi…Berdoa tak tau berapa puluh kali..takut sangat2 tak tau nak cerita..berserah pada Allah saja lah..huhu

Doktor mula bius dengan 3 jarum , dia mula membelah gigi saya kepada 2 bahagian, tetapi apabila doktor cuba sentuh bahagian tertentu di gigi dan gusi tu saya rasa sakit dan sengal macam orang tampal gigi. Doktor cuba lagi tapi saya rasa macam tu juga. Akhirnya doktor tak mahu teruskan lagi sebab dia pun masih ingat sesi pembedahan tahun 2005 tu. Ada dlm rekod.

Saya tak tipu dah

Alahai mesti doktor kata saya tipu dia lagi, tapi saya yakin kali ni saya memang tak tipu, saya tak sakit pun semasa datang nak buang, selama ni pun memang tak sakit..apa nak buat ikut je cakap doktor tu, balik makan ubat antibiotik dulu. seminggu lagi datang lagi.

Pening memikirkan pasal gigi geraham bongsu ni. Ubat pun dah makin habis, hari pun dah nak dekat…Saya rasa saya patut pergi cuba klinik gigi yang lain dan minta pendapat doktor, saya amat risau, mana tahu masalah gigi saya ni serius kan..

Mencuba klinik lain pula

Akhirnya saya memilih untuk pergi ke klinik swasta PMC di alor Setar. Saya cuma mengharapkan perkhidmatan terbaik  supaya saya tak risau dan masa bedah gigi nnti tak jadi apa2 yang tak diingini. Jangan ambil mudah dengan cabut gigi ye. kalau tak , kenapa ada kes yg kena bius sampai pengsan untuk bedah gigi.

Orang yang tak penah kena mesti kata ala cabut gigi je pun… bukan kes bedah  yang bahaya atau risiko tinggi. Silap tu.

Berbalik kes saya tu, di PMC…

Saya beritahu doktor dari a – Z. Doktor tu buat x ray, untuk lihat kedudukan gigi saya. Memang cara layanan dan consultation berbeza dari klinik luar. Padanlah dengan harga ubat dan kos pembedahan pun. Tapi saya tak kisah lah, beza sikit aje dari klinik kat luar.

Cara doktor tu terang ada lah sikit melegakan kan saya, tetapi fobia nak buang gigi tetap ada. :)

Doktor ada sebut kalau dia tak mampu buat/bedah gigi ni dia akan cadangkan saya doktor kat hospital kerajaan lebih pakar. Alamak!!saya dengar hospital kerajaan saya sah rasa tak senang hati, bukan apa, memang malas lah nak pergi hospital kerajaan, dengan oang ramai, kena buat appoitment, menunggu giliran lagi, alahai….

Pengalaman orang yang pernah bedah di sana juga merisaukan saya, ada kawan tu dia bedah sekali 4 batang gigi, kena duduk wad, lepas tu jahitan luka besar hingga bernanah dia kena pergi jahit semula di klinik luar dan cuci nanah yang menyakitkan. Risau kan kena macam tu?

Kenapa doktor bedah sampai 4 batang gigi? mungkin sebab dua gigi bongsu dah dicabut..jadi gigi geraham belakang atas nak guna untuk apa lagi..jadi ikut prosedur kena buang 4 batang lah.

Ubat bius gigi kuat sangat.

Akhirnya pada tarikh dijanjikan saya pergi untuk pembedahan kecil membuang gigi bongsu ni. Doktor bagi ubat tahan sakit , dan kali ni memang berbeza dari klinik yang saya pergi tu. Baru 3 kali cucuk ubat bius saya dan rasa kebas hingga mata pun rasa macam nak tertutup. Wah ini memang kuat betul ubat dia bagi ni. padanlah dengan hospital pun.. klinik luar bagi 3 jarum pun macam biasa lagi…

Doktor mulakan operasi membedah, menggigil gigil kaki ku..tak tahu lah nak rasa apa lagi, dah berbakul bakul ayat dan doa dibaca, minta dimudahkan operasi bedah hari tu..huhu…macam macam dalam fikiran ini, tapi tak nak layan sangat takut tu, doktor bagi nasihat jangan keraskan badan, buat relek aje..tapi nak relek macam mana…hahaha!!

Nurse pun tolong pegangkan kepala ketika doktor nak cabut gigi ku. Sengal dan sakit tu ada jugak terasa tetapi tahan juga lah, tak tahu itu sakit atau apa, doktor kata kalau sengal tu bukan sakit. Kalau berdenyut denyut baru lah dipanggil sakit.

Doktor buang serpihan gigi dua bahagian kecil, dan tinggal akar saja lagi. ditarik tarik gigi saya tu, bergerak gerak kepala saya ni. Berapa peratus dah siap ni, sempat saya tanya lagi doc.. dia kata ada lagi 60 %. Doktor tarik lagi gigi saya , kali ni saya kata sakit jugak, dia bagi satu jarum lagi. Jumlah semua 4 jarum ubat bius. huhu….

Akhirnya doktor kata dah siap, akar gigi sudah dicabut. Lega alangkah tak terkata lagi, syukur kepada Allah, berjaya juga akhirnya :).

Masa bedah mula jam 3 petang, operasi bedah tamat kira kira 3.44 petang. Taklah lama sangat rupanya, berbanding pembedahan dulu tahun 2005, di klinik pertama saya pi tu, walaupun doc kata tak susah tapi dia ambil masa dekat 2 jam.

Doktor jahit kawasan gusi yang dibedah. Nanti seminggu lagi kena pergi buang jahitan tu.

Doktor bagi penerangan, ubat apa yang perlu dimakan, cara nak berkumur, makanan apa boleh dimakan, cara nak hilangkan bengkak semua doktor bagi tahu. Baik sangat doktor chinese tu.

Rupanya kesakitan tu tidaklah teruk seperti yang saya rasa dulu, sakit luka bekas bedah dan cabutan biasa saja. Boleh ditahan lagi.

Malam boleh tidur, tidak lagi berdenyut denyut, mungkin kerana doa minta Allah kurangkan sakit dan selalu berselawat tu. Ada banyak doa yang kita boleh amalkan nak kurangkan kesakitan. Saya tak mahu amalkan makan ubat tahan sakit terlalu kerap. Kalau sikit sakit tu biarkan aje lah. Tahan je.

Ada lagi baki ubat tahan sakit tu sebab saya makan 1 biji dah ok.

 

Kos pembedahan gigi

Kos bedah gigi ni kalau standard kat klinik swasta bukan kerajaan adalah RM350, saya berada Kedah ni, itulah harga yang doktor bagitau, mungkin tak sama dengan tempat lain dan bergantung juga pada kes sama ada rumit atau tak operasi bedah gigi tu.

Pembedahan kedua, saya pilih nak  buat di PMC Alor Setar, saya kena bayar RM 480 untuk keseluruhan pembedahan, consultation RM20. Tak banyak beza kan kat klinik biasa. Apa yang beza ialah ubat bius tu saya rasa berlainan, rasa kuat sangat kesannya.

Saya suka consultation diorang bagi berbanding klinik luar, yang saya alami dulu, payah sangat doktor tu nak terangkan mengenai gigi saya ni, mungkin tempat saya pergi tu doktor dia kurang bercakap kot, asyik kita je nak bertanya, dia nak terangkan pun sepatah sepatah..emmm nasiblah..kena doktor pendiam macam tu.

Dulu saya lepas bedah gigi, doktor tak bagi banyak sangat tip tip  pun, sekadar 2,3 tip dan cara penjagaan gusi dan luka, kena carilah sendiri di internet cara cara nak jaga lepas bedah.

 

Panduan dan pantang selepas bedah gigi

Kali ni doktor kat PMC tu siap bagi risalah untuk kita baca dan panduan nak buat apa selepas bedah, apa pantang larang selepasa bedah gigi.

  • Doktor kata jangan makan makanan panas2, elok makan benda sejuk.
  • Jangan berkumur kuat kuat,
  • Jangan exercise kuat sangat , jangan bergerak aktif sangat.
  • Jangan merokok- memang saya tak merokok pun
  • Demah tuam dengan ais untuk hilangkan bengkak, lepas tu dah hilang bengkak barulah tuam air suam untuk edaran darah.
  • Jangan kacau dengan lidah kawasan bedah tu.

Lepas buang jahitan kalau ada rongga bekas geraham, atau orang putih panggil dry socket, jaga kebersihan lubang geraham tu. Ini untuk lepas luka semakin sembuh.

Payah juga jika ada dry socket di bahagian gusi bawah kalau di gusi atas,  senang juga makanan nak turun sebab graviti kot  haha!! itu andaian saya korang tak perlu caya yg ni..

kalau di bawah  tu lubang macam gua..memang payah nak mencuci. Doktor kata jahitan luka akan dibuat serapat mungkin jika tak dapat juga ada lubang sikit kenalah cuci.

Kumur dengan ubat kumur khas, cth mcm ubat kumur mulut  listerine, colgate plax dll, kalau tak ada, kumur dengan air garam suam, garam boleh elakkan jangkitan.

Kalau ada nasi atau sisa makanan dalam lubang geraham tu, gunakan syringe untuk pancutkan /flush air ke dalam rongga geraham supaya sisa makanan terkeluar dan membersih dari kuman merebak.

Kumur perlahan lahan.

Elak kan dari mencungkil dgn  lidi colek gigi tu, sebab nak elak jangkitan.

Jika ada nanah dan berbau atau sakit, silalah jumpa doktor semula, mana tahu ada jangkitan.

Sekarang dry socket/lubang geraham gigi bongsu saya dah semakin pulih. Doktor kata akan sembuh sepenuhnya ambil masa 2 bulan.

Cuci lepas makan kumur dan buang sisa makanan dibuat sebagai rutin. Kena lah jaga hingga lubang tu tertutup sendiri.

 ************************

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold