Nasha Aziz di Usia 41 Tahun Tak Mahu Demand Pasal Jodoh

Nasha Aziz supermodel dan pelakon yang kini sudah 41 tahun tetapi masih kelihatan jelita, apakah rahsia Nasha Aziz ye. Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abd Aziz, ketika ditemui di majlis pelancaran produk GNC Live Well iaitu set minumanĀ  kolagen LAC Taut membuka rahsia yang dia kini rasa lebih segar dan bertenaga sejak mencuba minuman tersebut.

Nasha tak nak demand pasal jodoh

Nasha Aziz yang masih lagi solo di usia 40 -an masih lagi diburu oleh soalan soalan dari pihak media, yang nak tahu sama ada Nasha sudah ada lelaki pilihan di hatinya..Ella sudah menamatkan zaman solonya, Nasha bilakah lagi ye?

Saya masih mencari cinta sebenar. Saya mencari seseorang yang mempunyai matlamat dan kepercayaan yang sama dengan saya.”

“Masih solo. Tak mengenali, mengenali pun. Penat lah nak kenal-kenal (gelak). Lagipun banyak benda yang kita perlu mengenali, kan. Saya serahkan pada-Nya. Saya harus bersyukur. Saya tak nak demand, tak nak merungut kenapa sampai sekarang saya belum bertemu jodoh. Lagipun saya tidak menerima sebarang desakan dari keluarga mahupun teman-teman rapat,”

“Lambat atau cepat, saya percaya pada kentetuan-Nya. Mungkin bagi sesetengah wanita, apatahlagi bila dah berumur, mereka akan risau kalau masih belum berkahwin. Mereka mungkin malu. Tapi bagi saya, tak perlu rasa malu. Bukankah setiap kita dah di janjikan akan ada adam atau hawa untuk kita semua. Maknanya ada lah Adam saya, satu hari nanti”

 

Gambar Nasha Aziz tahun 2012

 

Nasha gembira walaupun sendirian

“Saya rasa hidup saya penuh dengan warna. Saya ada kawan-kawan, berbual dan berkongsi rasa. Syukur saya ada peminat yang ramai. saya kongsikan hidup saya dengan mereka. Walaupun saya tak selalu balas kiriman-kiriman mesej peminat di fanpages saya, tapi mereka sentiasa menyokong dan memberi semangat pada saya. Mereka beri saya cinta dan saya menerima cinta. Jadi saya tak sempat pun nak rasa sunyi”,

 

sumber : malaysian digest

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Nasha Aziz di Usia 41 Tahun Tak Mahu Demand Pasal Jodoh”

  1. akubiomed says:

    Usia menjangkau 41 tidak boleh demand dah.
    akubiomed recently posted..Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati bukan level AkuBiomed

  2. wandisini says:

    umur 41 eh. memang maintain cantik lah makcik ni (41 tak sesuai nak panggil akak.hehe)
    semoga dipertemukan jodoh buatnya. rasanya dulu banyak dah digosipkan dengan ramai lelaki, tapi tak kekal. tak ada jodoh lagi
    wandisini recently posted..10 Fakta Menarik Tentang Durian

  3. iAwani says:

    moga Nasha Aziz dipertemukan jodoh. Walau ada kawan, ada teman, ada ahli keluarga, ada jutaan fans, hati seorang wanita tetap akan inginkan cinta dan perhatian dari seorang suami. Hati besar menidakkan, hati kecil sering meminta.
    iAwani recently posted..Ren Ng CEO Lytro Letak jawatan

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold