Muhdalina Mungkin Terkena Jampi

Lagi berita mengenai kejadian amuk di Putrajaya yang melibatkan seorang lelaki dan wanita di mana lelaki terbabit sudah ditembak mati oleh pihak berkuasa. Wanita yang bersama lelaki berkenaan, Muhdalina Ahmad, 28, masih lagi dalam rawatan, pembedahan membuang peluru di kakinya sudah berjaya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang kelmarin, Muhdalina ditembak oleh anggota Unit Kereta Peronda (MPV) IPD Putrajaya selepas mengamuk bersama Khalil Afandi yang bersenjatakan pedang samurai, pisau lipat dan keris.

Muhdalina anak kedua dari empat adik beradik seorang yang baik dan peramah, dari kenyataan bapa dan suaminya Muhdalina tidak pernah mengenali Khalil Afandi (lelaki yang mengamuk) tetapi hanya taksub dengan blog lelaki terbabit dan berhubung secara online.

Suami Muhdalina, seorang pemandu sedar isterinya berperangai pelik apabila taksub dengan blog lelaki itu minggu lalu. Tidak mungkin isterinya begitu senang menuruti lelaki tersebut kecuali isterinya  mungkin sudah terkena jampi.

Yusuf dan Muhdalina mempunyai 2 orang anak Mohd Fariz Khorizmi, 2tahun dan Mia Ratisya  satu tahun.

Bapa kepada Muhdalina , Ahmad seorang peniaga nasi lemak masih lagi tidak percaya anaknya terlibat dalam kejadian amuk di Putrajaya.

“Kami sekeluarga amat terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana dia seorang anak yang baik, peramah dan tidak pernah menimbulkan masalah kepada keluarga, malah dia juga berkelulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Menurut Ahmad, dia hanya mengetahui kejadian menimpa Muhdalina setelah dimaklumkan oleh anak sulung yang terbaca mengenai perkara itu di Internet kira-kira jam 5 petang (semalam) dan menyangka hanya rusuhan biasa

“Saya terus menghubungi telefon bimbit Muhdalina sebelum dijawab seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis.

“Setelah dimaklumkan situasi Muhdalina oleh pegawai polis berkenaan, saya terus bergegas datang ke Hospital Putrajaya, namun gagal menemuinya, selepas itu saya ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya untuk mengetahui hal sebenar,” katanya lagi.

 

 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Muhdalina Mungkin Terkena Jampi”

  1. Rizz says:

    bahaya nih…
    Rizz recently posted..Mega Hotel Miri dan sekitarnya

  2. iAwani says:

    gara-gara taksub sahaja, dia sanggup bertindak mengikut ‘imam mahdi’ itu menyerang Putrajaya, padahal dia seorang isteri juga seorang ibu.
    iAwani recently posted..HTC Akan Perkenal Tablet Terbaru

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold