Masterchef Selebriti : Seniwati Mariani Puji Sambal Azwan Ali Sedap

Semalam sempat tengok yang Masterchef Selebriti memasak dengan tema makanan kegemaran arwah Tan Sri P Ramlee. Selebriti dan semakin sikit aje yang tinggal, 6 orang, jadi 2 Kumpulan ada 3 orang. Kumpulan Datuk Fazley dah kalah semalam sebab nasi kandar yang dimasak tak menepati, sebabnya nasi jatuh ke lantai, dan terpaksa masak guna beras lain tapi tak sama cara memasak nasi kandar.Siapa yang bagi jatuh periuk tu kata Fazley biarlah rahsia..bukan sengaja lah tu terlanggar dan periuk terbalik..

Kumpulan Juliza Adzlizan , Farouk dan Angah yang menang kerana hampir menepati selera masakan kesukaan arwah Tan Sri P Ramlee.

Seniwati Mariani dan Aziz Satar dijemput untuk sama sama merasai dan menjadi juri menilai masakan para selebriti.

Sambal belacan Azwan Ali sedap puji Mariani

Seniwati Mariani sampai pujian masakan sambal belacan Azwan Ali yang kata azwan resipi tu dari ibunya Mak Tom, dirahsiakan apa ramuan dalam sambal tu. Wahh!! bangga betul diva Azwan Ali kena puji dengan Mariani, sapa kata dia masak tak sedap..haha seronok jugak tengok Azwan Ali merangkak rangkak kat lantai cari lesung batu nak tumbuk sambal.

Azwan Ali ketua kebersihan

Lagi satu Azwan Ali juga dipuji kerana rajin menjaga kebersihan di dapur sama macam Angah Raja Lawak. Bagus juga rancangan Masterchef Selebriti ni ala ala PLKN juga melatih peserta berdisiplin dan menguruskan masa dengan tepat. Sedikit sebanyak peserta telah menimba ilmu menguruskan masa dan memasak di dapur dengan cara yang betul.

Datuk Fazley kena uruskan Azwan Ali sebelum uruskan dapur.

Selalu ayat ni diucapkan oleh Datuk fazley, dia kena uruskan Azwan Ali sebelum dia uruskan bahan bahan dan masakan di dapur semasa cabaran berlangsung. Nampak sangat Fazley tau Azwan Ali ni banyak karenah..tetapi kalau tak ada Azwan Ali memang tak meriah pulak rancangan tu bak kata Angah Raja Lawak.. tapi dari sisi lain nampak siapa Azwan Ali yang berlainan… dia sangat tekun dan rajin memasak di dapur walaupun mulutnya agak kecoh :)

Kenapa Datuk fazley macam tak puas hati dengan Azwan Ali

Masa time diorang menyanyi lagu P Ramlee tu, ala nyanyi lagu sama sama je pun, itu pun tak bagi Azwan nyanyi ke, semua orang tau apa lagu P Ramlee..hahaha!! tak kan Fazley nak nyanyi sorang je lagu tu..ye la lama tak dapat nyanyi kot kat tv.

Fazley juga meluahkan rasa tak puas hati bila masa nak hidang makanan, diorag dah setuju yang Fazley akan jadi jurucakap , TAPI Azwan Ali pulak yang  jadi orang pertama bercakap depan Aziz Sattar, Mariani dan 3 orang juri tu.

Siapakah yang Azwan Ali marahkan ye dalam twitternya hari ini ? siapakah yang mulut manis tu

 

Siapa tersingkir di ujian penyingkiran malam ni..sama sama nantikan..

 

p/s: masih tak faham mengapa Datuk Fazley terkedu lidah melihat Datuk CT yang sudah lama tak bersua :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Masterchef Selebriti : Seniwati Mariani Puji Sambal Azwan Ali Sedap”

  1. cik tom says:

    mcm2..ciktom xtgk plk show ni..
    cik tom recently posted..Perfume Online Malaysia Terbaik di Perfume Pantry

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold