Mamat Sepah Bergaduh di Twitter

Kesian Mamat Sepah ni, sudahlah terpisah dengan dua rakan kumpulan lawak Sepah, tak ada cerita pasal lakonan atau kerjaya dia tetapi banyak dengan cerita kontroversi. Ingat lagi masa Sepah diumumkan juara Raja Lawak, Mamat lah antara anggota Sepah yang paling suka mengucapkan syukur dan salah satu ucapan dia tujukan pada ibunya, ialah dia telah buktikan tanpa ijazah dia boleh berjaya dengan lawak.. masa menang Maharaja Lawak pula, dia berlari turun ke bawah jumpa family dia.

tapi sayang kejayaan dalam kerjaya lawaknya tak banyak berkembang berbanding dua lagi rakannya iaitu Jepp dan Shuib. Apa yang banyak cerita yg negatif berkait dengan Mamat dan Fida dulu, dan gambar dengan bekas kekasihnya di internet tu yang banyak. Selain tu banyak gosip mengatakan Mamat lebih berlagak dan demand berbanding 2 lagi rakannya.

Dalam Karoot komedia Jepp dan Shuib masih lagi diundang, tapi Mamat….kesiannn, bakat yang ada tidak digunakan sebaiknya, tingkah laku dan pembawakan diri pun penting, orang akan lihat juga perangai artis, jangan mudah lupa diri kalau dah berjaya.

Mengenai kes Zed Zaidi kemalangan, Mamat dilihat berlagak samseng dan bergaduh dengan pengguna twitter TANPA mahu meminta maaf  . Mungkin dek kerana tertekan dituduh menjadi penyebar berita palsu kemalangan Zed Zaidi, Mamat dihentam dan disuruh meminta maaf, tetapi Mamat tak mahu berbuat demikian.  Akhirnya keluarlah kata kata kurang enak atau lebih tepat sampai mencarut carut dan mengugut ugut di dlm twitter tu

Akaun twitter Mamatspeah sudah pun dipadamkan ekoran pergaduhan antara Mamat Sepah dan pengguna twitter dan juga dengan wartawan Hazrey yang juga dimaki oleh Mamat….kesiannn

 

 

Kalaulah Mamat minta maaf dan tak bergaduh mungkin semua orang akan hormatkan dia dan melupakan kejadian ni.

Yang untung Zed Zaidi…glemer lah sikit :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold