Lagu Tema Kemerdekaan Janji Ditepati Kenapa Tak Disukai Ramai

Tak lama lagi negara kita akan meyambut kemerdekaan yang ke 55, Logo rasmi untuk Hari Kemerdekaan tahun ni juga tidak ada yang rasmi. Cuma ada lagu tema untuk hari merdeka tahun ni tajuknya Janji Ditepati, hasil lirik oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, lagu ciptaan Aye/Jasnie/Arman E Six

Lagu tema kemerdekaan Janji ditepati  ini telah dimuatnaik di you tube dan respon dari kebanyakan orang  yang melihat memberi komen negatif dan lebih ramai yang tanda dislike dari like.

Antara komen mereka , lagu ini tidak menunjukkan semangat patriotik langsung dan liriknya lebih memihak kepada parti kerajaan dan bukannya melambangkan negara Malaysia. Rentak lagu sudah agak menarik cuma liriknya dikatakan agak kurang menyengat.

Emm apa kata anda?

Lirik lagu Janji Ditepati

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

 

Video lagu asal Janji Ditepati yang ada lirik asal yang diubahsuai ( mungkin diubah sebab memang nampak direct menyindir parti pembakang)

Video Lagu versi asal

Lirik yang dibuang
Orang sana pandai cakap
Tapi tak boleh buat
Orang sana pandai janji
Pada yang tak peduli
Orang sana pandai auta
Tapi budi tak ada
komen penulis lirik lagu Awan Nano Buddhi Hekayat

 lagu tema Hari Kebangsaan merupakan satu “propaganda yang kasar”.

“Bahasanya mungkin halus tetapi ia tak dapat timbulkan rasacinta pada negara. Malangnya, penulis seperti pemerintah yang puji diri sendiri,”

“Janji sudah ditepati, kini masa balas budi” adalah seperti “meletak pisau ke leher rakyat”.

komen Bob Lokman

“murah dari segi tulisan, tiada nilai puitis, kata-kata yang digunakan sangat murah. Tiada nilai patriotik.”

 

 

Hari Kemerdekaan ke 55 tidak ada logo rasmi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Lagu Tema Kemerdekaan Janji Ditepati Kenapa Tak Disukai Ramai”

  1. eiela says:

    saya pun rasa macam tuh jugak, tak berapa setuju sangat dengan lagu nih
    eiela recently posted..Panduan Rujukan Exam Akauntan Gred W41

  2. APAN says:

    lagu dia mmg sedap dah…mcm yg dikritik tu la…lirik fail. lirik politik…kira lagu ni utk org kerajaan je la…aku pun dah dislike…jom dislike ramai2. haha…
    APAN recently posted..Penghijrahan Tahunan Ketam Merah Di Pulau Krismas

  3. Rizz says:

    Itulah…kenapakah lirik jadi “lagu” tu…
    Mula dgn “macam”… nanti Pakatan buat : Macam Roket ikut bulan ..hahahah
    Rizz recently posted..Oh Tidaak!!! Oh Bulan…. disaman RM1 juta oleh bekas isteri Hattan

  4. beckhr00y says:

    tengok je kat youtube jumlah yang dislike adalah 60x ganda orang yang like. (360000 dislike 600 like)

    dari situ boleh agak lagu ini diterima ramai atau tidak..
    beckhr00y recently posted..Pandelela Rinong Pamg Sumbang Pingat Gangsa Olimpik 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold