Pelakon Twilight Saga Kristen Stewart,22 memohon maaf kepada kekasihnya Robert Pattison,26 atas kecurangannya dengan pengarah filem Snow White and the Huntsman , Rupert Sanders 41. Memetik laporan di laman web hiburan People, jurugambar telah berjaya merakamkan gambar Kristen dan Robert Sanders bercumbuan dan kelihatan mesra pada 17 Julai. Mereka juga dilihat makan malam bersama di sebuah restoran.

Robert Pattison keluar dari rumah
Sebaik saja gambar kecurangan Kristen dikeluarkan oleh majalah hiburan Us weekly 26 Julai, kekasihnya Robert Pattison telah keluar dari rumah yang dikongsi bersama dengan Krsiten. Dari sumber terdekat, Robert sangat marah dan terlalu sedih dengan berita kecurangan Kristen. Dia langsung tidak mahu bertemu lagi dengan Kristen tetapi akan bersemuka dengan pengarah filem Snow White and the Huntsman untuk mengetahui hal yang sebenar.
Rupert Sanders dan Kristen Stewart

Isteri Rupert berlakon sebagai ibu kepada Kristen dalam filem Snow White and the Huntsman
Kristen berlakon sebagai Snow White dalam filem yang diarahkan oleh Rupert dan isteri kepada Rupert sendiri, Liberty Ross,33 juga ada berlakon sama di dalam filem berkenaan, menjadi watak ibu kepada Kristen Stewart. Bapa kepada Rupert ternyata membela sikap anaknya dan menyatakan, mungkin disebabkan selalu bersama maka si Kristen dan Rupert sangat intim, dan hubungan singkat itu tidak akan memusnahkan keluarga anaknya.
Rupert berkahwin dengan model dan pelakon Liberty Ross dan mempunyai 2 orang anak. Ross telah menutup akaun twitternya sejurus selepas gambar intim suaminya disebarkan di laman web hiburan berkenaan.
Ross sindir Kristen yang curang dengan suaminya
Kristen minta maaf pada kekasihnya
Kristen malu dan menyesal atas kecurangannya, dia meminta maaf pada Robert dan menyatakan yang dia sangat cintakan Robert.
“This momentary indiscretion has jeopardised the most important thing in my life, the person I love and respect the most, Rob. I love
him, I love him, I’m so sorry”
Peminat Twilight Saga ternyata terkejut dengan tindakan Kristen yang sanggup curang kepada kekasihnya dan ada yang mengutuk Kristen kerana tidak menghargai Robert.
p/s: cari lain je la awek baru hehehe
July 28th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 
