KPPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah Tidak Bersara Awal Tapi Ditamatkan Perkhidmatan

Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) mengesahkan yang beliau tidak bersara awal tetapi ditamatkan perkhidmatan lebih awal.Pada Jumaat lalu 30hb Jun Tan Sri Abu Bakar Abdullah  di laman facebook beliau,  mengumumkan tentang tamatnya perkhidmatan selepas berkhidmat selama 35 tahun sebagai penjawat awam.

Beliau dan keluarga masih lagi bersedih dengan berita tersebut tetapi tetap akur dengan keputusan yang dibuat oleh pihak lebih atas.

Jumaat 30 Jun 2012 bersamaan 10 Syaaban 1433H merupakan hari dan tarikh yang amat bermakna bagi saya. Hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai KPPA, menandakan tamatnya perkhidmatan saya selaku penjawat awam, setelah berkhidmat selama hampir 35 tahun. Sepanjang tempoh masa tersebut saya melihat dan mengalami sendiri perubahan yang berlaku dalam perkhidmatan awam dan amat berbangga dengan sumbangan dan pencapaian semua yang terlibat.
Di kesempatan ini saya memohon berbanyak maaf diatas segala kesilapan yang telah dilakukan, bukan kerana sengaja atau bermaksud untuk menganiaya sesiapa, tetapi kerana kelemahan saya sebagai manusia biasa. Yang Maha Sempurna hanyalah ALLAH SWT.
Mulai 1 Julai 2012 saya merupakan rakyat biasa yang akan menjadi pelanggan kepada tuan/puan penjawat awam untuk mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan. Saya berharap pada ketika itu hasil kerja cemerlang penjawat awam selama ini akan terus menjadi budaya yang sentiasa disebut dan mendapat pujian ramai.
Saya mendoakan yang terbaik untuk semua penjawat awam dan pencapaian yang lebih cemerlang di masa mendatang.
Bagi rakan-rakan yang ingin menghubungi saya bolehlah email ke abubakar160255@gmail.com
Wassalam.

Pemecatan KPPA Tan Sri Abu Bakar secara tiba-tiba itu memberikan tanda tanya dan bekas KPPA itu mahukan penjelasan mengapa beliau dipecat pada usia 57 tahun.

Laporan dari Berita Harian bertajuk “Saya sedih khidmat ditamat lebih awal”, berita ini diterbitkan bukan secara online tetapi dalam akhbar bertarikh 1 Julai.

http://www.bharian.com.my/articles/Sayasedihkhidmatditamatlebihawal_/Article/

” Pilihan saya ialah utk berkhidmat hingga umur 60 tahun telah diterima dan dpersetujui oleh kerajaan secara elektif pd 1 januari tahun ini.

Mereka perlu memberikan alasan yang kukuh untuk menamatkan khidmat saya.”

Lagi berita ditulis di The Malaysia Insider dengan tajuk ‘Abu Bakar confirms sacked as PSD chief.’

Despite the government’s move to extend the civil service retirement age to 60, the 57-year-old senior civil servant of 35 years said he was “saddened” to find out about the termination only through an official letter.

“My family and I are still saddened by this situation.  I did not retire but my service was terminated effective July 1, 2012.

“I received a letter informing me of the termination of my service. I think that is enough for me to say right now,” he was quoted by Berita Harian (BH) Ahad as saying.

The Malay-language paper is the revamped weekend edition of Berita Harian. It was previously known as Berita Mingguan.

The paper reported Abu Bakar (picture) saying that he had opted to retire at 60, but the government’s unexpected decision meant that his benefits and pension would only be considered until June 30, 2012.

He has so far refused to comment on the reason for his termination, and whether it has anything to do with the PSD’s controversial Public Service Renumeration Scheme (SBPA), which was axed after protests from within the civil service.

Abu Bakar was previously tipped to be the next Chief Secretary to the Government, but Datuk Seri Dr Ali Hamsa has since taken over.

http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/abu-bakar-confirms-sacked-as-psd-chief/

 

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada September 1977 di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Seterusnya, beliau berkhidmat di beberapa kementerian termasuk Kementerian Pertahanan, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Perdana Menteri.

Abu Bakar merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan sebelum dilantik menyandang jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 1 Julai 2010.

……………………………………

Apa yang kita semua tahu pada awal tahun ni,  SBPA telah ditarik balik/ditangguhkan perlaksanaan  kerana kegagalan sistem itu. Satu semakan semula akan dibuat dan Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkenaan. Ramai yang melihat SBPA ditangguhkan kerana kegagalan dan siapakah yang bertanggungjawab dalam menggubal sistem ini, byk yang menuding jari kepada KSN dan KPPA? Sistem yang digubal diharapkan dapat mengembirakan hati penjawat awam tetapi rupanya tidak kesampaian. Adakah ini salah satu punca mengapa KPPA ditamatkan perkhidmatannya?

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “KPPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah Tidak Bersara Awal Tapi Ditamatkan Perkhidmatan”

  1. hashim says:

    Terimalah dugaan ini sebagai ketentuan illahi. mungkin ada hikmah di sebaliknya

  2. TPN says:

    Kesian kpd bekas Ketua Pengarah JPA dibuang begitu,,jangan lihat keburukan orang lain atau mengaibkan keburukan,Allah akan membalaskan anda atau sesiapa yang memalukan orang lain.sabar Tan Sri.

  3. Azizna says:

    siapa agaknya yang akn jadi pengganti KPPA ye

  4. mus70 says:

    senang senang saja nak pecat orang..harap tan sri dan keluarga bersabar pasti kebenaran akan muncul juga

  5. irfan says:

    walaupun KPPA ada buat kesilapan beliau tak wajar dipecat tanpa pembelaan. sepatutnya diberikan peluang membetulkan kesilapan

  6. mbfsg says:

    biar betul kena pecat??

  7. poknik says:

    tumbanglah kerajaan bee end lepas nih hahaha!!

  8. APAN says:

    hmmm….x fhm gak ngan isu ni…tiba2 kena pecat…ada plan lain la tuh…hehe…
    APAN recently posted..Gelagat Penyokong England Tayang Kemaluan Semasa Pemain Itali Ambil Sepakan Penalti

  9. akubiomed says:

    Sahih berita ini jangan salah lapor sudah buruk padahnya.
    akubiomed recently posted..Baby Aslah bermain arnab comel di Floria Putrajaya 2012

  10. Truth says:

    bukan setakat dipecat, malah pencen tak diberi dengan sempurna…beliau mangsa hasad ksn sidek hassan…sidek menjadi chairman petronas, beliau bagaimana..?di mana keadilan…siapa mahu bela nasib insan teraniaya…?

  11. penjawat awam says:

    simpati. berkuasa menang. sabar sahaja. cukup sampai di sini. ALLAH ada. Barangkali mereka tak ada Allah, tak nampak Allah atau mereka fikir duduk di dunia ini empunya dia sendiri ikut suka hati saja. Tunggu balasanNYA.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold