Kisah Erra Fazira dan Arwah Bapanya Dijadikan Iklan Komersil Raya

Pada akhir Ramadhan nanti pihak astro akan menayangkan iklan komersil raya yang memuatkan kisah sedih pelakon Erra Fazira dan arwah bapanya. Kisah ini mengenai masa silam Erra Fazira di zaman kanak-kanaknya yang tak pernah dikongsikan umum selama ini. Erra yang tidak mendapat kasih sayang ayahnya seperti kanak kanak lain, hinggalah dia diberitahu ayahnya yang dikenali sebagai Along rupanya ayah kandungnya, tetapi

ketika itu bapanya sudah meninggal dunia.

Erra Fazira ketika itu masih lagi bigung kerana tidak menyangka orang yang disangka jiran, setiap kali pulang beraya rupanya bapa kandungnya sendiri.

Pihak astro telah diberikan hak eksklusif menerbitkan kisah silam yang sedih mengenai hubungan ayah dan anak ini supaya menjadi pengajaran buat semua.

…dia keliru, benarkah lelaki dipanggil Along itu bapanya? Akalnya menolak kerana sedari kecil ibu memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia, namun entah mengapa seakan-akan ada tarikan magnetik antaranya dengan lelaki itu yang juga jiran neneknya yang sering dilihat setiap kali pulang ke kampung.

Hinggalah satu hari, tiba-tibanya ibu datang ke sekolah untuk membawanya pulang ke kampung. Kata ibu, bapa meninggal dunia. Terpinga-pinga si kecil berusia lapan tahun itu.

Bukankah bapanya sudah lama meninggal dunia? Siapa pula gerangan yang dimaksudkan ibu? Rasa keliru yang meluap-luap direlung hatinya semakin memuncak.

Tatkala tiba di perkarangan rumah yang sering menjadi tumpuannya setiap kali pulang ke kampung, ramai menyuruhnya menatap wajah si bapa buat kali terakhir.

Dia kaku tidak bergerak, erat memeluk tiang serambi. Mindanya kosong dan kabur.
Jenazah itu adalah lelaki yang sering dikatakan bapanya selama ini!

apa kata Erra Fazira

“Bagi saya, ia bukan perkara terlalu sensitif, sebab itu saya boleh kongsi.
Lagipun, ia disampaikan dengan menggunakan saluran betul. Saya cuma menceritakan kisah zaman kanak-kanak yang belum pernah dikongsi dengan masyarakat.

“Semua orang ada sejarah masing-masing dan ia bukan berniat memburuk atau menyalahkan mana-mana pihak, malah sebelum penggambaran, saya ingatkan pihak Astro supaya penyampaiannya nanti biarlah dalam bentuk membina.

“Apa yang ingin saya sampaikan dalam iklan ini, ikatan tidak akan putus walaupun berpisah mati. Seperti saya katakan tadi, ia bukan salah sesiapa tetapi keadaan yang menjadikannya begitu.

“Ia mengi­sahkan seorang kanak-kanak yang dambakan kasih sayang seorang bapa tetapi hasrat itu tidak kesampaian disebabkan keadaan. Bagaimanapun, hubungan anak dan bapa tidak akan putus. Ia ikatan indah anugerah Ilahi.

“Buatlah apa saja, satu hari pasti si anak tahu siapa bapanya. Diharap secebis kisah ini boleh menyedarkan mereka yang ada kasih sayang depan mata tetapi tidak menghargainya,”

Iklan durasi 60 saat itu menjalani penggambaran di Tanjung Karang, Selangor pada 19 Julai, bermula jam 5 pagi hingga senja membabitkan 40 kru diketuai Pengarah Kreatif Rangkaian Astro, Abib Mirza Hussein, tiga pelakon utama iaitu Erra ketika kecil, Nurul Balqish, ibu, Riza Alwi serta 27 watak tambahan.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran iklan itu, Erra yang dilahirkan di Sungai Choh, Rawang pada 9 Februari 1974, menafikan selama ini merahsiakan identiti bapanya, cuma dia merasakan perkara itu tidak perlu dikongsi setiap kali ditanya media.

sumber Harian Metro Ahad

 

 
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Kisah Erra Fazira dan Arwah Bapanya Dijadikan Iklan Komersil Raya”

  1. Mama Hanim says:

    tengok gak kisah erra ni dlm paper semlm.. x sabar nk tgk rancangan tu..
    Mama Hanim recently posted..Syaleza Jaffar TV9 Ditemui Mati Tergantung Di Kipas Siling Di Rumahnya Apartmen Saujana

  2. Zida says:

    Ala kat Astro ke? Harap ada yang akan upload kat youtube nanti :)
    Zida recently posted..Keaadan Mesir Yang Bahaya

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold