Kama Mirezzanial Kama Rezmee dan Aznil Hj Nawawi Diiktiraf dalam MBR

Kama Mirezzanial Kama Rezmee 8 tahun, diiktiraf sebagai kanak-kanak lelaki terpendek oleh Malaysia Book of Records(MBR) semalam dalam majlis Penerima Anugerah Malaysia Book of Records 2012. Kama mempunyai ketinggian 56 cm dan berat 4.5 kilogram ketika berusia 7 tahun. Majlis disempurnakan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tema MBR semalam ialah Semangat 1Malaysia. Aznil Hj Nawawi pula dianugerahkan sebagai personaliti tv yang paling lama bertugas. Pelakon cilik Mia Sara atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhamad Ridhuan juga mendapat

Mia Sara di Majlis Malaysia Book of Records

pengiktirafan dari MBR untuk anugerah pelakon termuda yang berjaya meraih trofi di FFM.

Dalam kategori kemanusiaan selain Kama yang diiktiraf kanak-kanak lelaki terpedek, Sheikh Akmal Sheikh Imam, 16, diiktiraf sebagai remaja lelaki paling tinggi dengan ketinggian 2.04 meter ketika berusia 15 tahun.

Anugerah anugerah lain:

Pak nil atau Aznil Hj Nawawi pula diiktiraf sebagai personaliti televisyen bertahan paling lama dalam industri.

Syamsul Yusof anak kepada Datuk Yusuf Haslam dan adiknya Shafiq mendapat pengarah filem paling muda memenangi anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM).

Pemain bola sepak negara, Mohd. Safee Mohd. Sali pula diiktiraf sebagai pemain bola sepak yang menerima bayaran paling tinggi.

Suwaibah Muhammad Nasir, 38, yang merentasi Gurun Sahara sejauh 1,111 kilometer (km) secara solo turut diiktiraf di majlis MBR untuk pencapaian pelari wanita negara.

Pelantikan kedua Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pula diletakkan sebagai rekod untuk tahun 2012 dan dimuatkan di dalam buku MBR edisi kelapan ini.

 

Adik Kama Mirezzanial dan Pak nil

Kama Mirezzanial

Kama Mirezzanial Kama Rezmee yang juga cucu dua bekas atlet olahraga negara, Rajemah Sheikh Ahmad, 67, dan Allahyarham Kamaruddin Maidin mempunyai saiz fizikal tidak normal sejak lahir pada 2 Mac 2004.
Menurut bapanya, Kama Rezmee Kamaruddin, 36, anaknya yang lebih mesra dengan panggilan Zanial di kalangan ahli keluarga lahir ketika kandungan isterinya, Masitah Md Yusof, 34, berusia lapan bulan.

Zanial lahir di Hospital Putrajaya menerusi pembedahan ketika isteri saya mengandungkannya lapan bulan.
Pembedahan terpaksa dilakukan untuk mengeluarkan Zanial kerana dia ketika itu sudah mula membuang air besar dalam kandungan.

 

Mengenai Pak Nil dan pencapaiannya

Aznil Nawawi merupakan seorang pengacara, pelakon, penyanyi dan penyampai radio di Malaysia. Aznil dilahirkan pada 6 November 1962 dan sudah berkecimpung di dalam bidang pengacaraan lebih dari 22 tahun. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau mempunyai dua orang cahaya mata: Fildza Haifa (Fifi), 21, dan Fariq Haizen (Riki), 16.

Aznil yang lahir dan membesar di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur, ini memegang ijazah Sarjana Ekonomi dari Universiti Malaya. Beliau memulakan kerjaya beliau pada tahun 1990 sebagai seorang wartawan media dengan TV3.

Ketika memulakankerjaya dalam bidang penyiaran, Aznil terlibat dalam berita. Kemudiannya beliau beralih ke sesuatu yang amat berbeza iaitu mengacara rancangan permainan Pop Kuiz pada tahun 1992. Ini diikuti oleh kerja mengacara rancangan majalah hiburan dan gosip Melodi pada tahun 1994, dan seterusnya Teleskop, rancangan wawancara terulung yang membincangkan isu kontroversi di negara.

Pada tahun 2000, Aznil bertapak di ntv7 sebagai pengacara rancangan lawak Kamera Apo?.

Selepas itu, Aznil berpindah ke Astro Ria, dan di situlah belaiu menandakan kemasukan beliau sebagai pengacara kreatif saluran ini. Antara projek-projek beliau yang terkenal ialah penglibatannya dalam program realiti Akademi Fantasia sejak 2002 sehingga mengumumkan pengunduran diri dari rancangan tersebut pada tahun 2007 setelah lima tahun dan lima musim berturut-turut.

Pada tahun 2004, Aznil mencuba nasib sebagai pengarah filem Aku No. 1 yang turut menyaksikan lakonan beliau. Pada tahun 1995, beliau sudah terlibat dalam lakonan filem Sama Tak Serupa.

Pada tahun 2005, setelah menghabiskan dua musim AF, Aznil kemudiannya mencipta rancangan beliau sendiri berjudul Macam-Macam Aznil yang memaparkan “macam-macam”. Rancangan ini yang dinobatkan sebagai Rancangan Temu Bual Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2005 di Singapura kini disiarkan di Astro Prima.

Pada tahun 2006, Aznil tampil di layar perak sekali lagi, sebagai watak jahat Prof Klon dalam filem Cicak-Man. Sempena perayaan Aidilfitri pada tahun itu, beliau menyumbang suara kepada Rodney Copperbottom dalam alih suara bahasa Malaysia bagi filem Robots.

Pada tahun 2007, setelah mengumumkan pengunduran diri dari AF, Aznil beralih ke pembikinan rancangan kanak-kanak Tom Tom Bak untuk Astro Ceria.

 

Pada tahun 2009, Aznil digandingkan bersama Din Beramboi sebagai pasangan juruhebah terbaru rancangan Riuh Pagi di Era, sebagai satu langkah penstrukturan semula stesen radio berkenaan yang berhadapan dengan kemerosotan jumlah pendengar kepada pesaing terdekatnya, Hot FM.

sumber : wikipedia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kama Mirezzanial Kama Rezmee dan Aznil Hj Nawawi Diiktiraf dalam MBR”

  1. iAwani says:

    kagum dengan Aznil, terutama pada passion beliau.
    iAwani recently posted..Hp Kekal Penjual PC Terbanyak, Lenovo Meningkat

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold