Juruterbang/Pilot Menganggur Semakin Meningkat

Mungkin ada antara pelajar di bangku sekolah yang bercita-cita nak jadi jurterbang atau pilot terpaksa melupakan hasrat itu, kerana di Malaysia sekarang menghadapi masalah lambakan pilot atau juruterbang hingga mereka pilot pilot muda ini terpaksa menggangur akhirnya mencari pekerjaan lain.

Pada Januari tahun 2011 pernah dilaporkan 500 orang pilot menganggur kerana tiada tawaran kerja. Pada tahun ni, 2012 pula keluar berita lagi yang jumlah juruterbang menganggur sudah meningkat ke 1000 orang, ada yang terpaksa jual burger dan membuat pekerjaan yang lain.

Perlu Kos tinggi

Setahun sekolah penerbangan mengeluarkan 354 orang pilot dan kos belajar adalah sangat tinggi hingga mencecah RM200,000 untuk mendapatkan lesen juruterbang komersil (CPL).


Pada Januari 2012, dari petikan berita Utusan Malaysia, terdapat 4 buah sekolah penerbangan yang bermasalah digantung kerana tidak menyediakan latihan secara berkesan kepada pelajar.  Selain itu sekolah berkenaan menghadapi masalah kewangan , seperti tak mampu membeli minyak dan juga membayar sewa pesawat yang diperlukan semasa latihan.

Pihak DCA telah menasihatkan para ibu bapa supaya berhati hati memilih sekolah penerbangan untuk menghantar anak mereka supaya nanti tidak teraniaya.

 

Sekolah Penerbangan adalah sebuah akademi yang melatih dan melahirkan juruterbang yang bertauliah dalam mengendalikan pesawat.Pelatih akan dinilai dan dianugerahkan lesen-lesen seperti berikut:

1. Private Pilot Licence (PPL)

2. Commercial Pilot Licence (CPL)

3. Airline Transport Pilot Licence (ATPL)

 

Di Malaysia ada 8 buah sekolah penerbangan, dari info laman web www.dca.gov.my (Jabatan Penerbangan Awam) :

1. Malaysia Flying Academy Sdn Bhd (MFA), Melaka

2.HM Aerospace Sdn Bhd (HMA), Langkawi

3.Integrated Training & Services Sdn Bhd (IT&S), Ipoh

4.Asia Pacific Flight Training Sdn Bhd (APFT) Sdn Bhd, Kota Bharu

5.Gulf Golden International Flying Academy Sdn Bhd (GGIFA), Bintulu

6.KL International Flying Academy Sdn Bhd (KLIFA), Johor Bharu

7.Austral Academy Sdn Bhd (AASB), Sandakan

8.Kist Aviation Academy Sdn. Bhd. (KAASB), Kuala Terengganu

 

Sekolah Penerbangan meningkat

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri memberitahu bahawa pada tahun 2000, Malaysia telah menghadapi masalah kekurangan  juruterbang dalam  Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan  memerlukan lebih banyak juruterbang untuk operasinya.

Oleh itu, pada tahun 2005, bilangan sekolah terbang telah meningkat  dari 1 hingga 6 buah sekolah.

Masalah pengangguran sudah disedari dan para graduan penerbangan diggesa supaya tidak terlalu memilih kerja dan bersedia untuk bekerjasama dengan penerbangan Am, syarikat penerbangan yang kecil atau menjadi tenaga pengajar  penerbangan.

sumber : http://www.nst.com.my/nation/general/more-flying-school-licences-to-address-pilot-shortage-1.71000

Tawaran kerja kurang

Contoh pihak syarikat penerbangan terbesar seperti MAS  lebih mengutamakan graduan dari syarikat mereka. Industri penerbangan di Malaysia sangat kecil, dan pada tahun 2011 MAS hanya ada 1400 orang juruterbang.  MAS secara purata merekrut 100 orang kadet dalam program biasiswa penuh setiap tahun. Dari 16 orang yang memohon hanya 1 sahaja berjaya.

Disebabkan jumlah penawaran yang besar berbanding permintaan akhirnya berlakulah lambakan pilot seperti yang berlaku sekarang.

Para bakal pilot perlu sedar yang mereka berdepan dengan risiko tiada pekerjaan kelak dan akan menghadapi masalah untuk membayar balik pinjaman.

 

sumber : Berita Harian, laman web DCA, nst.com.my, Utusan Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “Juruterbang/Pilot Menganggur Semakin Meningkat”

  1. cik tom says:

    dl org ckp pilot senang nk cr kerja..skang dh melambak2 plk..
    cik tom recently posted..Perfume Online Malaysia Terbaik di Perfume Pantry

  2. APAN says:

    dulu mmg laku la kot…bila sekolah dah bnyk, automatik bakal pilot pun bnyk…kena beli pesawat sendiri la gamaknya…syg betul…
    APAN recently posted..Terlanjur Bersama Kekasih Gelap Dari Bangladesh

  3. tu la rugi belanja dah byk habis tapi tak dapat nak kerja pulak

  4. akubiomed says:

    Kerana minat hendak jadi juruterbang tetapi peluang kerja tidak banyak pula.
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Jurugambar tegar

  5. asyraf says:

    dah semuanya nak masuk airlines.memang la.masuk area general aviation ke,jadi instructor ke? boleh.pihak DCA ada pesan cari kerja kerja macam ni.gaji agak sikit tapi ada peluang pelajari siluk biluk aviation dan boleh mengumpul jam jam penerbangan.resume pun up sikit dari yang lain.janji dalam industri aviation.kerja bidang lain,lama-lama habis lupa macam mana nak bawak kapal terbang.kena bersabar jugak.ada peluang kerja.industri penerbangan selalu naik turun.bila pilot yang sedia ada naik pangkat,yang lain masuk ganti mereka.kerja di indonesia atau india pun boleh.mereka memang perlu banyak juruterbang.kena pandai ambik inisiatif

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold