Beberapa hari lalu, heboh tentang pelakon Juvana Johan Asari meluahkan perasaan sayang pada Nabila Huda. Johan dilihat menulis status ayat yang menunjukkan dia seperti dilamun cinta kepada Nabila Huda, yang memangnya sebelum ini digosipkan bercinta dengan Johan. Walaupun sebelum ini mereka berdua hanya menjawab sebagai rakan baik saja.
Adakah ini hanya gimik drama terbari Johan atau sememangnya Johan ada perasaan pada Nabila Huda?
Apa komen dan reaksi Nabila apabila mendapat tahu Johan meluahkan perasaan di twitter terhadap dirinya..
“Saya membacanya dan saya terkejut sangat. Apa yang ditulisnya bermaksud dia ikhlas pada saya kerana dia tahu saya juga ikhlas dengannya.
“Apa yang ditulisnya juga, itulah yang berlaku antara kami. Dia memang sayangkan saya dan kami saling menyayangi sebagai seorang kawan yang baik. Saya bersyukur kerana dia menghargai saya. Saya banyak mengajar dan berkongsi banyak perkara dengannya.”
“Susah nak ungkap tentang perhubungan kami. Saya hanya ikut ketentuan atau dalam erti kata lain ‘just go with the flow’. Doakan sahaja hubungan kami menjadi,”
Luahan hati Johan Asari



July 23rd, 2012
Nuriz Ibrahim 
Posted in
Tags: 

jika ada jodoh antara mereka, usah berlama-lama. Bina masjid! er.. nikah, maksud saya.
iAwani recently posted..Video Iklan Rasmi Nexus 7
Kalau sudah jodoh tidak ke mana.
akubiomed recently posted..Komen cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati