Irma Hasmie Tak Kisah Kahwin Duda

Kontroversi menghambat pelakon dan pengacara Irma Hasmie, biarpun Irma dan Redza Syah sudah selamat menjadi suami isteri, tetapi ada juga pihak yang masih mahu mengorek rahsia dan menyebarkan gambar perkahwinan terdahulu Redza Syah. Kini status duda suami Irma dipersoalkan.

Simpati pada Irma dan Redza Syah, ada juga pihak yang tidak senang mengaibkan mereka, siapalah mereka ni mempersoalkan status orang duda , janda atau apa sekali pun. Apa yang penting Irma dan Redza sudah selamat disatukan.

Apa komen Irma Hasmie kepada pihak yang mengorek dan menyebarkan kisah status suaminya, jawapan dari Irma melambangkan peribadinya yang seiring dengan perubahan imej dia sekarang..

“Baiklah, isu status suami saya tidak menjadi masalah apa-apa pada saya dan keluarga saya. Cuma kami tidak mahu melibatkan diri dalam perkara yang boleh membawa kepada keburukan.Biarlah kita mengajak orang untuk berbuat baik, Insya-Allah, kita akan mendapat pahala, begitu juga jika sebaliknya,”
“Kalau kita buat perkara keburukan dan ramai orang terlibat nanti, takut kita kena tanggung dosa semua orang.Maka sebaiknya kita bersabar dan diam saja. Seperkara lagi, sebuah perkahwinan itu sendiri adalah sunnah besar Rasullullah SAW.

“Seeloknya marilah kita sama-sama berdoa untuk semua yang mendirikan rumah tangga, mudah-mudahan Allah akan memberkati dan menghimpunkan semuanya dalam kebaikan,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Irma Hasmie Tak Kisah Kahwin Duda”

  1. akubiomed says:

    Apa masalahnya duda sekali pun.
    akubiomed recently posted..Giveways ke 2 Cik Tom rugi tak masuk

  2. Din says:

    bagus la…
    yang penting bahagia..
    Din recently posted..Berhati-hati dengan Makanan di Bazaar Ramadhan

  3. iAwani says:

    entah orang kini ini, sibuk mempersoalkan perihal hidup orang lain dengan penuh minat. Bukankah lebih baik doakan saja kebahagiaan Irma Hasmie dan suaminya?
    iAwani recently posted..Video Iklan Rasmi Nexus 7

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold