Hukum Korek Hidung dan Telinga di Bulan Puasa

Ramai yang musykil dan masih lagi tertanya-tanya inginkan kepastian apa hukumnya korek hidung dan telinga di bulan puasa, sejak kecil lagi selalu diajar dan dilarang jangan korek hidung dan telinga nanti batal puasa. Kita dengar penerangan dari Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum korek telinga dan hidung di bulan puasa..

apa yang disebut  oleh Ustaz Azhar dalam video ni, rongga hidung adalah bermula dari tulang yang di dalam hidung, kalau korek atau memasukkan sesuatu hingga melebihi  rongga hidung barulah terbatal puasa. Jika masuk tak sampai ke rongga itu maka tak batal puasa.

Rongga telinga pula jika kita menggunakan jari kelingking mustahil untuk jari kelingking masuk hingga ke gegendang telinga, jadi tidak lah batal kalau tak sampai ke gegendang telinga.

 

Selain itu boleh lah dibaca penerangan dari laman web http://www.abuanasmadani.com tentang persoalan batal puasa atau tidak dalam beberapa keadaan, semasa proses rawatan dan pelbagai persoalan lain dan apa itu rongga badan.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa sebagaimana yang disepakati (Ittifaq) ulama’ berdasarkan kepada nas al-Quran, hadis dan ijma’ ialah empat perkara;


1) Makan,
2) Minum,
3) Jima’.


Dalilnya ialah firman Allah swt yang bermaksud: “…Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam…”. [Al-Baqarah:187].


4) Haid dan Nifas.
Dalilnya hadis Abu Said al-Khudri yang bermaksud: Sabda Rasulullah saw: “Bukankah perempuan itu apabila mereka haid, tidak bersolat dan tidak berpuasa…”. [Bukhari: 304, Muslim: 79].
Di bawah ini ialah ringkasan dan kesimpulan yang dibuat oleh penulis;


1- Pendapat yang mengatakan “al-Jauf”, iaitu rongga yang membatalkan puasa apabila masuk makanan ke dalamnya adalah “Ma’idah” (perut) sahaja, tidak termasuk lubang-lubang lain di badan manusia.


2- Ulama’ semasa berbeza pendapat tentang “Bakhkhah ar-Rabwu” (penyembur gas untuk penyakit lelah). Pendapat yang paling hampir dengan kebenaran (pada pandangan penulis) adalah tidak batal.


3- Pil yang diletakkan di bawah lidah bagi pesakit jantung, yang dihisap secara terus dan tidak masuk ke dalam rongga adalah tidak membatalkan puasa.


4- Alat yang dimasukkan ke dalam ma’idah (usus) untuk mengesan penyakit juga tidak membatalkan puasa. Kecuali jika diletak ubat/minyak pada alat tersebut maka ia boleh membatalkan puasa.


5- Ulama’ semasa juga berbeza pendapat tentang ubat titis ke dalam hidung. Ada yang mengatakan tidak batal, tetapi majoriti mengatakan batal. Pendapat yang paling hampir dekat dengan kebenaran (pada pandangan penulis) adalah tidak batal.


6- Gas oksigen tidak membatalkan puasa kerana ia hanyalah angin/udara yang tidak terdapat anasir lain di dalamnya.


7- Begitu juga gas yang disedut melalui hidung, hukumnya sama dengan penyembur lelah (no. 2).


8- Bius setempat tidak membatalkan puasa. Manakala bius penuh sepanjang hari membatalkan puasa tetapi sekiranya pesakit tersedar dan masih berbaki waktu puasa hari tersebut tidak batal puasanya.


9- Ubat titis ke dalam telinga juga tidak membatalkan puasa kerana rongganya tidak bersambung dengan “Jauf”.


10- Ubat titis mata, mengikut majoriti ulama’ semasa, tidak membatalkan puasa.


11- Suntikan ubat melalui kulit, urat dan otot mengikut majoriti ulama’ semasa tidak membatalkan puasa.


12- Memasukkan air dan benda yang boleh mengenyangkan seperti glukos ke dalam urat, mengikut majoriti ulama’ semasa adalah membatalkan puasa.


13- Melumur minyak, losyen dan sebagainya pada kulit, tidak membatalkan puasa.


14- Memasukkan alat seperti kamera, untuk mengesan penyakit ke dalam urat/saluran jantung adalah tidak membatalkan puasa.


15- Begitu juga memasukkan alat ke dalam perut untuk mengesan penyakit, tidak membatalkan puasa. Tetapi sekiranya sampai kepada “Ma’idah” (usus), boleh membatalkan puasa.


16- Dialisis (mencuci darah) yang mengandungi ubat-ubat yang boleh mengenyangkan atau memberi kekuatan boleh membatalkan puasa, sebaliknya kalau setakat membersihkan darah tanpa ubat-ubatan tidak membatalkan.


17- Menggunakan cecair/sabun pencuci alat sulit wanita tidak membatalkan puasa.


18- Memasukkan ubat ke dalam dubur untuk penyakit bawasir atau mengurangkan kepanasan suhu badan tidak membatalkan puasa, kerana ia tidak sampai kepada ma’idah.


19- Memasukkan alat pengesan penyakit atau ubat melalui lubang zakar tidak membatalkan puasa.


20- Menderma (mengambil) darah. Terdapat khilaf yang begitu besar dikalangan ulama’, tetapi pendapat yang lebih kuatnya tidak batal kerana dikiaskan kepada berbekam.


21- Begitu juga mengambil sedikit darah untuk ujian pemeriksaan tidak membatalkan puasa.




Demikianlah beberapa masalah dan pandangan yang dipilih oleh beliau.
Bagi para pembaca yang mempunyai keahlian dalam bidang agama bebas untuk menilai manakah pendapat yang kuat berdasarkan dalil dan ta’lil yang dikemukakan, wallahu a’lam.




sumber http://www.abuanasmadani.com/?p=401

 

Artikel berkaitan: Persoalan Yang Kerap Ditanya Mengenai Batal Puasa (dari Zaharudin.net)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Hukum Korek Hidung dan Telinga di Bulan Puasa”

  1. APAN says:

    tq utk video…tengok video uai je…mmg dari kecik ingat x boleh…lain rupanya….
    APAN recently posted..Penghijrahan Tahunan Ketam Merah Di Pulau Krismas

  2. isha says:

    selepas ni dah tak was was lah nak korek idung hehehe
    tq for d info

  3. eyzalisma says:

    baru tahu. thanks

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold