Hanis Zalikha Sebagai Heroin Gangster Celop

Hanis Zalikha blogger terkenal yang jelita tu telah mendapat tawaran berlakon untuk Filem Gangster Celop  usahasama Ahmad Idham dan Skop Production. Semakin terkenal lagilah Hanis ye. Daripada tajuk filem ni dah tahu dah filem ni ada unsur komedi dan juga aksi. Menampilkan pelakon utama dari filem KL Gangster Syamsul Yusof dan Kamal Adli untuk siri Apa Celop tu.

Hanis Zalikha kali pertama pegang watak utama

“Sebelum ini saya pernah melakonkan watak bunian dalam Momok the Movie. Watak bunian tersebut hanya ada beberapa adegan. Jadi saya sangat teruja untuk memulakan penggambaran filem Gangster Celop kerana ini merupakan filem pertama saya memegang watak utama,”

 

Sinopsis Gangster Celop

Filem ni menceritakan dua bekas gangster, Aman (Kamal Adli ) dan Adam (Shamsul Yusof), baru selesai menjalani hukuman penjara lima tahun, bertekad untuk menjadi insan yang lebih baik. Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka mendapat tugasan pula untuk menjaga anak perempuan kepada ketua gangster, Mat Jambu.  Hanis Zalikha jadi Suzana  anak perempuan ketua gangster tu, yang baru pulang adri luar negara . Suzana  ingin memulakan perniagaan. Disebabkan tugasan itu, semua mula menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit.

nama watak watak pun semuanya sengal sengal je. :)

Gabungan kedua kedua pengarah yang cukup terkenal ni dan kemunculan Hanis Zalikha yang ada peminat yang tersendiri , pasti memberikan sambutan yang baik.

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Hanis Zalikha Sebagai Heroin Gangster Celop”

  1. akubiomed says:

    Wah dapat melihat Hanis Zalikha dapat memegang watak besar didalam filem. :-)
    akubiomed recently posted..Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati bukan level AkuBiomed

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold