Hanis Zalikha Dipujuk Ahmad Idham

Hanis Zalikha 22, blogger terkenal yang bakal digandingkan dengan Syamsul Yusof dalam filem Gangster Celop ni pada mulanya tidak berani untuk menerima tawaran berlakon filem, kerana dipujuk oleh pengarah Ahmad Idham barulah dia bersetuju untuk berlakon sebagai watak utama.

Sebelum ini Hanis Zalikha pernah berlakon drama Memberku Hawa sebagai watak pembantu, kini dia mengorak menunjukkan bakat lakonan dalam filem pula.

“Kalau bukan kerana Ahmad Idham, saya tidak mungkin akan menerima tawaran berlakon dalam Gangster Celop. Dia berjaya meyakinkan dan memujuk saya bahawa watak terbabit memang sesuai kepada watak saya. Asalnya, memang saya tidak berani dan belum bersedia sehingga terpaksa mengambil masa untuk memberi kata setuju.

“Tambahan pula, mak juga memberi sokongan dan menyuruh saya cuba benda baru pula. Namun, biarpun sudah menerimanya, saya tetap rasa takut kerana bukan calang-calang peranan yang diberi, watak utama pula. Saya tidak tahulah bagaimana hasilnya nanti tetapi saya akan cuba menjadi diri sendiri dan melakukan terbaik.

“Lagipun, watak yang diberikan ada sedikit persamaan dengan diri saya dan yakin akan mampu melaksanakannya dengan bimbingan pengarah juga,”

Gambar Hanis Zalikha dan Syamsul Yusof

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Hanis Zalikha Dipujuk Ahmad Idham”

  1. APAN says:

    muda dr aku rupanya…femes lak tu…sampaikan ada tawaran belakon…
    APAN recently posted..Rabu Yang Bisu #51 – Mandi Manda

  2. iAwani says:

    Hanis Zalikha perlu berhati-hati. Being famous has its own price.
    iAwani recently posted..Hp Kekal Penjual PC Terbanyak, Lenovo Meningkat

  3. akubiomed says:

    Langkah pertama Hanis Zalikha ke layar perak. Mana tahu satu hari nanti lebih banyak peluang untuk berlakon lagi.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold