Masih lagi mengenai pemain import Kelantan Mohammed Ghaddar, Ghaddar didakwa oleh Shahrulnizam Mustapa kapten Perak sebagai licik membangkitkan kemarahan lawan walaupun tidak nampak dia berkasar. Orang kata kerana mulut badan binasa. Menurut Shahrulnizam, Ghaddar ada menyebut sesuatu yang lucah mengenai ibunya hingga membuatkan dia tidak dapat menahan kemarahan lalu menumbuk muka Ghaddar.
Insiden itu telah membuatkan Shahrulnizam dibuang padang.
Shahrulnizam, seorang daripada pemain menjadi mangsa provokasi penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar, dikenakan tindakan buang padang selepas menumbuk pemain berasal dari Lubnan itu ketika Perak bertandang ke Stadium Sultan Mohammad IV, Kota Bharu, 7 Julai lalu.
Bagaimanapun, katanya dia tidak mempunyai bukti mengenai insiden itu berbanding kes membabitkan pemain Selangor, Bunyamin Omar dan Amri Yahyah yang boleh dilihat dalam You Tube.
Sehubungan itu, Shahrulnizam berpendapat, pemain import itu turut bersalah dan perlu dijatuhi hukuman jika kes itu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Ghaddar

July 15th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah.