Gambar Wang Kertas Malaysia Yang Baru

Isnin ini wang kertas baru akan digunakan, kali ini wang kertas Malaysia yang baru dilengkapi dan dipertingkatkan ciri-ciri keselamatan. Sambutan raya tahun ni bertambah meriahlah bagi kanak-kanak apabila mendapat duit raya bercorak baru, warna duit kertas pun baru. Tapi ada juga kanak-kanak yang tak percaya bila orang bagi duit raya baru, diorang kata tipu sebab tak pernah tengok lagi duit yang baru :)

Teknologi tinggi pada duit kertas baru:

Menurut Bank Negara, teknologi tinggi yang diberikan pada wang kertas baru ni termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Tema duit kertas kali ini ialah Keunikan Malaysia. Selain tu bagi mereka yang cacat penglihatan , mereka masih lagi boleh mengenal pasti dengan cara sentuhan , kerana setiap nilai wang kertas diberikan sentuhan yang berbeza.

Siri wang kertas baharu itu adalah dalam not RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.Wang kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri baharu ini dan substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Masih mengekalkan potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang pertama, Tuanku Abdul Rahman ibni Tuanku Muhammad pada wang kertas baru. Bahagian belakang setiap denominasi wang kertas memaparkan ciri-ciri alam semula jadi, tradisi, budaya, flora, fauna dan ekonomi yang khusus bagi Malaysia.

Wang kertas baru RM100

Pada bahagian belakang wang kertas RM100 diletakkan gambar Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara dan lembah Gunung Api iaitu tempat pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan.

Wang kertas RM20 dihentikan pengeluaran tahun lepas dan kemudian dikeluarkan semula dan rupa yang berbeza, lihat gambar wang kertas RM20 yang baru ni..warna keemasan.

Pada wang RM20 dipaparkan spesis penyu yang terkenal yang dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah dan Penyu Belimbing.

Wang kertas RM10

Wang kertas baru RM10 berwarna merah jambu dan memaparkan Hutan Tropika Malaysia yang tumbuh subur. Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.

Wang kertas RM5

Masih lagi bewarna hijau, bertemakan hidupan liar dan memaparkan gambar burung enggang. Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia.

Diharapkan wang kertas RM5 ni tidak lagi mudah pecah dan terkoyak seperti yang sebelum ni.

Wang kertas RM1

Masih lagi warna biru, di belakang wang tersebut tetapi dengan rekaan dan bentuk baru. Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu.

Rupa wang syiling 50 sen

 

 
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Both comments and pings are currently closed.

Comments are closed.

Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold