Malam ni merupakan majlis perkahwinan penyanyi rock Ella atau nama sebenarnya Norzila binti Haji Aminuddin dengan pasangannya Azhar Ghazali. Tahniah Ella, dengan sekali lafaz saja Ella sah menjadi isteri kepada Kapten Azhar Husaini Ghazali , tepat jam 10.30 malam ni, 7hb 7 2012, dengan mas kahwin bernilai RM 50,300.
Pelamin dan khemah untuk para tetamu, kira kira 8 buah khemah disediakan untuk para hadirin yang hadir.
Gambar gambar persiapan khemah dan pelamin Ella
LAGI GAMBAR PERKAHWINAN ELLA & AZHAR YANG SEMPOI


Pertunangan Ella dan akad nikah serentak
Majlis akad nikah dijalankan dengan lancar walaupun ada masalah bekalan elektrik tadi di rumah pengantin perempuan. Ella mengikat pertunangan terlebih dulu dan kemudian akad nikah dijalankan oleh Tuan Haji Baharuddin Abu Bakar berwalikan abang Ella Mohd Noor Izam Aminudin.

Khemah tetamu

Baju Pengantin Ella


Ella tetap rock masa jadi pengantin
rambut dia dibiarkan saja begitu tak disanggulkan

peace
Pengantin lelaki pun sempoi

Cincin dan wang hantaran bernilai RM50,300

Gambar pengantin lelaki , Kapten Azhar juruterbang Firefly (akad nikah)


Sekali lafaz saja



Hantaran, pihak pengantin perempuan memberi 9 dulang hantaran, dan dibalas oleh pihak lelaki dengan 7 dulang hantaran.
Ella dan Azhar kelihatan sedondon dengan persalinan berwarna krim rekaan Saiful Baharim.
Manakala majlis resepsi mereka akan diadakan pada 1 Disember depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).




Cincin kahwin Ella dan Azhar
sumber gambar : Media hiburan dan rotikaya.com
July 7th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

tahniah Ella. bertemu jodoh jua akhirnya
Ummi Hanie recently posted..Jadi pelarian sementara [live blogging dari iPhone]
Suka tengok gambar hantaran. Cantik kot ;p
ProfHariz recently posted..Gambar Pernikahan Ella dengan Azhar Ghazali
Ella masih nampak muda
iAwani recently posted..HTC Akan Perkenal Tablet Terbaru