Gambar perkahwinan Ella dan Azhar Ghazali

Lagi gambar nikah ratu rock negara Ella dan pasangannya Azhar Husaini Ghazali, 32, wajah suami Ella ni nak iras iras Rosyam Noor pulak kan.

Semalam tengok sesi temubual Ella lepas bergelar isteri, dalam melodi, Ella tetap Ella, dengan gaya rambutnya dan kepala dia yang lemah gemalai, kadang kadang tersipu malu apabila diusik oleh para wartawan..menyorok di belakang suaminya.. :) hehe tapi apa pun tetap sempoi kedua-dua pengantin ni kan..

 

komen Ella

“Apabila ambil keputusan berkahwin, saya harus bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Saya akan cuba jadi isteri terbaik untuk membahagiakan dia. Saya bersyukur kepada Allah kerana mempertemukan jodoh kami berdua,”

“Kami telah berkenalan selama sembilan tahun. Sepanjang tempoh itu, kami tidak pernah berpisah, cuma hubungan kami ada pasang-surutnya. Apabila sudah lama tidak bertemu, kami akan saling-merindu. Menyedari hakikat ini, kami akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin. Memang sudah jodoh. Allah yang menentukan,”

apa kata suami Ella

“Bukan kami tidak pernah merancang untuk bersatu, tetapi perancangan itu tidak berjaya. Mungkin dulu kami tidak matang dan tidak bersedia untuk bergelar suami isteri. Kali ini Allah restui dan kami akhirnya selamat diijabkabulkan. Saya berasa cukup gembira dengan ikatan ini dan harap ia berkekalan,”

Beza umur Ella dan Azhar 14 tahun.

“Perbezaan umur kami tidak menjadi masalah. Saya jadikan perkahwinan Nabi Muhammad dan Siti Khadijah sebagai contoh. Saya yakin dengan kesefahaman, kami boleh mengharungi alam perkahwinan ini. Sama seperti Ella, saya juga akan lakukan yang terbaik untuk menjadi seorang suami yang bertanggungjawab,”


 

 

Mengulas tentang pemilihan tarikh pernikahan pada 7 Julai, Azhar memberitahu dia dan Ella tidak ada sebab-sebab tertentu. Tetapi berpendapat, tarikh itu sangat sesuai untuk bernikah kerana dalam beberapa minggu lagi umat Islam akan menyambut Ramadhan.

Mengimbas detik perkenalannya mereka, pasangan ini pertama kali bertemu di Kota Kinabalu, Sabah pada sembilan tahun dahulu. Bagaimanapun, baik Ella mahupun Azhar enggan mendedahkan tarikh perkenalan mereka yang sebenar.

Minggu hadapan, pasangan pengantin baru ini akan diraikan dalam majlis menyambut menantu yang akan diadakan di kampung pihak lelaki di Muar, Johor. Resepsi besar-besaran hanya akan diadakan pada 1 Disember hadapan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Corat coret di majlis akad nikah Ella dan Azhar

1)    Majlis akad nikah yang sepatutnya bermula pada jam 9.00 malam terpaksa ditanggungkan ke jam 10 malam kerana rumah pengantin perempuan bergelap selama dua jam apabila berlaku masalah dengan bekalan elektrik. GUA difahamkan masalah berlaku apabila pihak tuan rumah cuba menggunakan penghawa dingin berkuasa besar yang tidak sesuai untuk penggunaan kediaman.

2)    Walaupun majlis diadakan untuk kenalan dan sanak-saudara rapat, tetapi lebih 200 orang tetamu dilihat membanjiri perkarangan rumah pengantin.

3)    Tujuh buah khemah disediakan untuk tetamu. Namun, tempat duduk masih tidak mencukupi sehingga pengacara majlis terpaksa meminta jasa baik tetamu yang sudah selesai menjamu selera meninggalkan meja makan.

4)    Ramai yang memuji hidangan yang disediakan untuk tetamu. GUA sendiri berselera menjamu selera.

5)    Selain menikmati hidangan utama, tetamu juga berpeluang menikmati menu sampingan seperti cendol, soya, Laksa Utara dan rojak yang disediakan oleh Hanna Conner di sebuah lori putih.

6)    Pelamin Ella dihiasi dengan ribuan bungaan berona putih dan peach. Selain itu, karpet putih memenuhi ruang pelaminan.

7)    Protégé Ella, Puteri Caroline sentiasa menemani Ella sepanjang majlis berlangsung. Caroline nampak mesra dengan ahli keluarga Ella.

8)    Ella mendapat sentuhan kakaknya sendiri iaitu Saidatulnisa (Kak Sai)sebagai jurumekap. Menariknya, sebaik selesai menyolek Ella, Kak Sai terpaksa bergegas ke tiga lokasi bebbeza kerana perlu menyolek tiga pengantin lain.

9)    Selain diberikan bunga telur dan sebiji kek cawan, tetamu turut dihadiahkan senaskah kitab yang mengandungi Ayat Kursi, Surah Yassin, dan pelbagai doa harian.

10)    Sesi temubual bersama pihak media terpaksa diadakan sebanyak dua kali kerana terlalu ramai pihak media yang hadir membuat liputan. Masalah ruang yang sempit juga menyukarkan pihak media tampil ke hadapan untuk mendengar komen kedua-dua pengantin.

 

Ibu Ella gembira

“Mak Yang gembira sebab akhirnya dapat juga melihat Zila (panggilan untuk Ella) berkahwin. Mudahan-mudahan perkahwinannya dengan Azhar ini akan bahagia dan berkekalan. Itu sajalah doa Mak Yang buat dirinya.

“Mak Yang tengok, Azhar tu nampak bagus dan baik orangnya. Lagipun,dia sendiri yang menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Ella.

“Mak Yang pun tak berapa ingat bila tarikhnya tapi masa tu Mak Yang belum lagi pergi Mekah untuk mengerjakan Umrah. Tapi, dia yang hantar MakYang pergi lapangan terbang,”

VIDEO Akad nikah Ella dan Azhar

sumber :budiey.com

sumber : gua.com.my, murai.com.my

sumber gambar : Ministry Moment

https://www.facebook.com/ministryofmoment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold