Pasti ada yang dah tahu penyanyi Awi Rafael dan pelakon Hanez Suraya sedang bercinta, kedua dua sudah mengakui sedang mengenali hati budi masing masing. Hanez dan Awi rapat apabila Hanez menjadi pelakon dalam video klip lagunya Asalkan Aku OK.
” Alhamdulillah, perhubungan kami berjalan lancar dan keluarga masing-masing pun okay dengan perhubungan ini. Tidak dinafikan kami ada juga bercakap tentang tahap perhubungan seterusnya, namun buat masa ini, kami mahu fokus terhadap kerjaya dulu. Saya percaya jika ada jodoh, tak ke mana. Apapun, saya serah pada pihak lelaki.”kata Hanez
“Selepas itu, pengurus dia ada hubungi saya untuk menawarkan saya menjadi model klip video lagu terbarunya, ‘Asalkan Aku OK’. Dari situ, kami mula berhubung dan saya lihat dia seorang lelaki yang mengambil berat dan bertanggungjawab.”
Gambar Hanez Suraya dan Awi Rafael


July 15th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 
