Gambar Bayi Lelaki Catriona Bahrin Ross

Pelakon Catriona Ross selamat melahirkan bayi lelaki pada 16 Julai lalu. Nama bayinya ialah Jammal Raes Ross Iddin..panjang betul nama anak dia ye. Catriona atau panggilan mesra Cat berkongsi gambar bayi lelakinya di laman web hiburan murai.

Dia juga melahirkan perassan gembira dan bersyukur dengan kelahiran anak keduanya itu, Cat mempunyai anak perempuan bernama Sephia Rania.

“Saya berasa sangat gembira. Walaupun ini adalah kelahiran kedua bagi saya, tetapi setiap tempoh mengandung dan bersalin itu ada kelainannya dan saya juga dapat meraih pengalaman baru yang berbeza.

“Macam tak percaya saya sudah mempunyai dua cahaya mata. Jammal Raess sangat senyap dan diam. Sangat manja dan jarang menangis, memberikan saya lebih masa untuk berehat . Setiap kali selepas diberi susu, dia akan diam dan mahu saya ada di sampingnya.

“Dan yang paling unik pasal Jammal Raess ini, walaupun baru berusia tiga hari, dia sudah boleh berkomunikasi dengan saya menggunakan matanya,”

“Saya ok, Alhamdulillah. Buat masa ini saya akan berehat di Kuala Lumpur dalam jangka masa 10 hari sebelum balik menghabiskan tempoh pantang di Kota Bharu bersama keluarga dan akan dijaga oleh ibu saya. Buat masa ini saya dijaga oleh suami dan ibu mertua,”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Gambar Bayi Lelaki Catriona Bahrin Ross”

  1. iAwani says:

    comel! Namanya juga unik walau panjang untuk ditulis oleh anaknya apabila bersekolah nanti.
    iAwani recently posted..Canon EOS M, Kamera DSLR Tanpa Cermin

  2. akubiomed says:

    Comelnya bayi lelaki yang dilahirkan.
    akubiomed recently posted..Komen cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold