Gambar Azrinaz Mazhar Hakim Dalam Majalah Nona Julai 2012

Dapatkan majalah Nona keluaran Julai jika ingin membaca kisah  menarik mengenai bekas wartawan tv3 Azrinaz Mazhar Hakim. Lihat saja gambar Azrinaz menghiasai muka depan majalah Nona ni, jelita sangat. Azrinaz Mazhar Hakim buat kali pertama muncul di kaca tv dalam rancangan ON AIR setelah lama menyepi.

Azrinaz berulang alik dari Brunei, London dan Malaysia namun sempat menerima lamaran majalah Nona untuk diwawancara.

UP CLOSE & PERSONAL WITH AZRINAZ MAZHAR HAKIM (wawancara dengan KIFFY RAZAK)

Wanita anggun yang sering kali saya lihat di kaca televisyen dan dada akhbar, kini berada di hadapan mata. Tipu kiranya saya menyatakan tidak berasa gementar pada awal pertemuan tetapi Azrinaz membuka ruang dirinya untuk sesiapa sahaja yang berada di sekeliling, berasa cukup selesa. Tampil dengan gaya kasual chic!

Azrinaz menyarung skinny jeans bersama white t-shirt DIOR dan jaket ala-old school rona biru gelap.

Langkah diatur kemas bersama sepatu LV dan menggenggam tas tangan daripada jenama yang sama. Tutur kata kala berbicara sopan dan lemah lembut, jelas mencerminkan keperibadian dirinya yang merendah diri dan disenangi.

“Saya tidak menghilang kemana-mana. Sekarang saya sering berulang-alik di Malaysia, Brunei dan London. Jika di Brunei, masa saya sepenuhnya bersama anak-anak. Pulang ke Malaysia, waktu bersama keluarga dan saya masih lagi tinggal di sini bersama ibu dan ayah. Ini tanah tumpah darah, sejauh mana saya pergi Malaysia tetap di hati.

“Sejak dari dahulu lagi, sewaktu bekerja sebagai penyampai dan wartawan penyiaran saya tidak menerima atau keluar di mana-mana wawancara untuk majalah atau sebagainya. Termasuklah juga sewaktu berumah tangga, saya lebih selesa untuk ‘low profile’.

“Cuma sekarang saya memberi banyak tumpuan kepada urusan peribadi dan perniagaan hartanah bersama ayah tercinta kerana beliau sememangnya dari dahulu lagi terlibat dalam jurusan ini,” jelas Azrinaz dengan tenang.

Adakah disebabkan kerinduan dalam dunia penyiaran membuatkan Azrinaz menerima undangan sebagai salah seorang juri dan tenaga pengajar untuk rancangan ON AIR.

Azrinaz Rindu bidang kewartawanan

“Ya! Masih ada rindu saya pada bidang yang pernah diceburi. Dunia kewartawanan senantiasa dekat dalam hati saya.

“Menerima tawaran tersebut bukanlah kerana ingin glamor atau bayarannya, saya ingin berkongsi pengalaman bersama mereka yang benar-benar ingin berkecimpung dalam industri ini. Malah topik untuk episod yang saya hadir sebagai juri dan penasihat, amat sesuai sekali dengan rujukan yang diberikan kepada saya ‘ratu stand upper’.

“Malah jadual rakaman tidak terlalu lama dan saya terima dari segi profesional, walaupun beberapa kali saya berfikir juga untuk membuat come back!”.

“Malah saya cukup teruja apabila berpeluang untuk bekerjasama dengan Aznil Nawawi dan melepas kerinduan bertemu Datin Seri Normala. Banyak yang kami sempat berbual dan bicarakan termasuk perancangan perniagaan yang mungkin boleh dilakukan suatu hari nanti, insya-Allah.” ujar Azrinaz.

Selepas ini, mungkin Azrinaz akan kembali aktif di hadapan kamera?

“Oh! Tidak lagi aktif seperti dahulu. Saya hanya lakukan jika ada masa kelapangan dan sebagai hobi.

“Sebenarnya gemuruh juga apabila berhadapan dengan kamera buat pertama kalinya, setelah lama ditinggalkan. Kamera sekarang pun sudah kecil berbanding dahulu (ketawa kecil Azrinaz). Paling penting saya rasa gembira sangat, rasanya seperti kembali ke zaman muda dahulu.”

Sempat saya berseloroh pada Azrinaz, sekarang pun masih kekal muda, cantik dan langsing lagi. Tersenyum malu, Azrinaz.

Nasihat terbaik daripada Azrinaz buat mereka yang ingin menjadikan bidang kewartawanan penyiaran sebagai satu kerjaya, “mereka seharusnya lebih fokus dengan pilihan kerjaya ini, bukan sekadar untuk menjadi seorang yang glamor. Harus bermula dari bawah, tidak cerewet dan jangan sesekali menjadi diva. Selain itu, sebagai seorang wartawan penyiaran penampilan harus dijaga.”

“Kerjaya ini menuntut anda untuk bersedia 24 jam dan kadang-kadang masa peribadi juga terpaksa dikorbankan. Tetapi ia cukup menyeronokkan dan banyak pengalaman yang bakal diperoleh. Kita akan belajar lebih banyak erti kehidupan dari masyarakat biasa sehinggalah ke tahap VVIP. Semuanya ini bergantung pada kesungguhan dan minat mendalam individu tersebut.”

“Hidup ibarat sebuah perjalanan, penuh liku-liku. Terkadang jalan yang kita tempuh mulus tanpa hambatan. Namun tak jarang juga jalan yang kita lewati berkelok-kelok, berbatu-batu dan juga terjal. Ada ketika sambil berjalan, kita mungkin tersungkur. Namun segala kesedihan dan kegembiraan itu menjadi momen sejarah peribadi yang tidak mungkin dilupakan.

Azrinaz masih sama seperti dulu

“Hampir separuh perjalanan hidup saya di muka bumi telah dilalui dengan pelbagai warna. Saya reda dengan segala-galanya, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Saya jadikan sebagai satu bingkisan perjalanan hidup yang cukup istimewa. Walaupun status kini berbeza, namun keperibadian saya masih sama seperti dahulu.”

sumber : sinar harian

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Gambar Azrinaz Mazhar Hakim Dalam Majalah Nona Julai 2012”

  1. akubiomed says:

    Cantik gambarnya.

  2. iAwani says:

    masih seperti dulu. Moga dia beroleh bahagia.
    iAwani recently posted..Kenapa Digg Gagal – Kevin Rose

  3. Lengkuas says:

    Kalau tutup lagi jelita dan anggun, hargai anugerah Allah, kalau kita saya sesuatu mesti kita cover dia, sayang kereta-beli cover kereta-saya kucing-beli sarangnya, sayang rumah-beli langsir, saya galaxy note beli casingnya, saya rambut kita-sepatutnya tutup aurat. Harap Puan Azrinaz faham Allah dah bagi semua kepada puan, kecantikan, kekayaan maka hargai Dia dgn cara menuruti perintahNya. Allah tidak rugi apa-apa jika kita menentangNya yang rugi adalah kita. Ingat azad Allah..

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold