Farid Kamil Cedera Tempurung Lutut Retak

Farid Kamil terpaksa menggunakan tongkat apabila tempurung lututnya retak  ketika terjatuh dalam pemgambaran filem Dampak pada Isnin lepas.

Semasa adegan kejar mengejar dalam Kelab hiburan Rootz Bukit Bintang Farid gagal mengawal imbangan badan lalu terjatuh atas tangga .

Farid cedera di lutut semasa pengambaran filem

 

“Saya terjatuh berguling di tangga kelab itu kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adegan babak kejar-mengejar.

“Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, doktor mengenal pasti tempurung lutut saya retak akibat hentakan itu.“Saya terpaksa menggunakan tongkat kerana kaki saya tidak boleh memijak lantai,”

Ekoran kejadian itu dia dinasihatkan doktor agar berehat panjang daripada sebarang aktiviti lasak.

“Saya dinasihatkan berehat selama enam minggu daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah berlakon. Kalau berlakon pun saya hanya boleh berdiri tegak saja.

“Akibat insiden ini, produksi filem Dampak terpaksa menggunakan pelakon pengganti untuk baki babak-babak aksi yang melibatkan saya,” katanya.

Selain Farid, filem genre aksi terbitan Ops Production itu turut dibarisi Aaron Aziz dan Juliana Evans.

Mstar online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Farid Kamil Cedera Tempurung Lutut Retak”

  1. akubiomed says:

    Retak tempurung lutut. :-(
    akubiomed recently posted..Wordless Wednesday – # Oh Malaysian

  2. iAwani says:

    bahaya tu, nasib baik retak saja. Andai kata pecah, kaki sudah tidak boleh digerakkan lagi. Farid tidak memakai alat keselamatan terlebih dahulu.
    iAwani recently posted..Hp Kekal Penjual PC Terbanyak, Lenovo Meningkat

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold