Ekor Tikus Dalam Burger McD

Di Chile Santiago, seorang pelanggan telah menemui ekor tikus di dalam burger yang dibelinya, pihak berkuasa kesihatan Chile telah mengesahkan dakwaan pelanggan tersebut. Jun lalu, lelaki itu perasan sesuatu yang asing ketika dia menggigit burger yang dibeli di restoran McDonald’s di bandar Temuco, kira-kira 700 kilometer di selatan ibu negara Chile, Santiago.

Dia berkata, ia kelihatan seperti ekor tikus dan memfailkan aduan kepada pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Kelmarin, Ketua Jabatan Kesihatan Wilayah, Waldo Armstrong mengesahkan perkara yang ditakuti oleh pelanggan.

“Terdapat kesan ekor tersepit antara keju dan roti dan ekor itu telah dimasak,” katanya kepada wartawan.

Restoran itu ditutup dan siasatan mendedahkan, tahi tikus di dalam restoran itu, dan ekor tikus diletak di dalam burger dengan sengaja.

sumber AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Ekor Tikus Dalam Burger McD”

  1. Norizwan says:

    ee…sangat jijik…apa tujuan mereka dengan sengaja meletakkannya…
    Norizwan recently posted..Empat jutawan Malaysia dan perniagaannya

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold