Datuk Farida Mohd Ali Pangku Jawatan KPPA

Datuk Farida Mohd Ali Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) menjalankan tugas-tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa kelmarin. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Ali Hamsa berkata kerajaan sedang menimbang dan meneliti calon yang layak dan sesuai bagi jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baru.

Dari laporan Sinar Harian, beliau berkata demikian dalam satu kenyataan 3 perenggan yang dikeluarkan semalam mengenai jawatan KPPA yang dikosongkan berikutan tamatnya perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah 57, sebagai KPPA.

Ali Hamsa turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas sumbangan dan khimat Abu Bakar sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan awam.

 

Artikel Berkaitan: KPPA Tidak Bersara Awal Tetapi Ditamatkan Perkhidmatan

sumber Sinar Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold