Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Kakitangan Awam Dibayar 9 Ogos

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kata PM lagi, dengan bonus ini adalah merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan. Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan. PM juga berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion. sumber – BERNAMA

 

p/s:  Dengan bonus setengah bulan gaji atau minimumRM500 ini dapatlah meringankan beban perbelanjaan isi rumah untuk persiapan menyambut raya aidilfitri nanti

 

 
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Bonus Setengah Bulan Gaji Untuk Kakitangan Awam Dibayar 9 Ogos”

  1. akubiomed says:

    Tersenyu lebar penjawat awam dapat bonus setengah bulan. Kena pada masanya dengan persiapan untuk hari Lebaran.
    akubiomed recently posted..Comment on First Giveaway Sempena Nuffnang Blogopolis Malaysia 2012 : Sharidawati by suri

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold