Berita dan video pasangan remaja yang hanya dikenali Shafiq dan Yana berusia 16 dan 14 tahun mendapat perhatian umum, video perkahwinan mereka juga telah dilihat lebih setengah juta di You tube. Bapa kepada pegantin lelaki yang hanya dikenali Man berusia 37 tahun ternyata terkejut apabila mendapat tahu video anaknya mendapat perhatian dan isu kahwin muda
baginya bukan sesuatu yang pelik dan asing. Man memberitahu akhbar Harian Metro dia sendiri berkahwin pada usia 19 tahun dan kahwin muda sudah menjadi tradisi dalam keluarganya.

“Hampir semua ahli keluarga kami, baik di sebelah keluarga saya mahupun isteri menamatkan zaman bujang masing-masing pada usia muda iaitu 14 hingga 19 tahun.
“Saya berkahwin pada usia 19 tahun dan sehingga kini rumah tangga saya bahagia tanpa sebarang masalah, ”
July 28th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

mmm…zaman dulu memanglah biasa kahwin muda..zaman sekarang ni dah jadi pelik sbb dua-dua budak tu sah-sah dah tak sekolah. (lainlah kalau yang lelaki umur 18 tahun).Zaman dulu boleh je takat keje kampung tapi zaman sekarang sangat mencabar dari segi meterial, sosial dan masa depan anak-anak yang bakal dilahirkan. semangat dan cabaran zaman dulu tak boleh disamakan dengan sekarang. memang jodoh ditangan tuhan tapi manusia selalu menyalahkan takdir bila gagal dalam sesuatu perkara tanpa menyelidik apa sebab mereka gagal. apa pun semoga berbahagialah kepada pasangan ini dan yang paling penting pengantin lelaki mesti mendalami ilmu agama untuk mempertahankan rumahtangganya dalam cabaran dunia sekarang.
hud recently posted..Sang Pemimpi
Tidak faham muda sahaja masyarakat menghukum seolah-olah mereka sudah tahu takdir pasangan muda ini.
akubiomed recently posted..Coretan pada bulan Ramadhan
saya lebih suka melihat perkahwinan dorang dengan 2 pandangan. First, yang baiknya dorang memilih untuk berkahwin awal sekaligus dapat menghindari maksiat, dapat belajar pikul tanggungjawab. baguslah kan. tapi ada jugak kontra nye. mungkin suami belum cukup mampu untuk memberi nafkah zahir pada keluarga melainkan dia memiliki harta yang cukup banyak
keduanya, umur masih muda, masih sekolah. Jeles pulak dah masuk U boyfi pun tak ada lagi =.=’ APAPUN, jodoh pertemuan Allah tentukan. Doakan yang terbaik untuk mereka berdua
doakan semoga kekal bahagia, murah rejeki..
*cabaran zaman moden > hebat. harap mereka mampu handle..
tips recently posted..Tips Lulus Peperiksaan Akauntan W41
pasangan mudah itu bersyukur kerana dijodohkan pada usia muda! Sebenarnya berkahwin muda ni dah lama berlaku di kalangan masyarakat kita, ini merupakan perkahwinan muda pertama yang mendapat liputan media.
iAwani recently posted..RIM BlackBerry Bina Filter Gambar Seakan Instagram Untuk BlackBerry OS 10
sy sokong tindakan pak cik…x dinafikan, pasangan muda tu mmg memerlukan bimbingan orang dewasa lg. tp x salah sebab mende baik kan tu…drpd berpeleseran sana sini…elok kawen…
APAN recently posted..Banyaknya "DISLIKES" Video Lagu Janji Ditepati
Orang Melayu memang suka cakap macam-macam. Walaupun banyak baiknya kawen muda, tapi banyak juga buruknya. Apa-apa pun semoga mereka berkekalan hingga ke akhirnya
Zida recently posted..Keaadan Mesir Yang Bahaya
Assalammualaikum .. Saya bersetuju dengan pernikahan mereka , kerana dapat menghindarkan diri dari maksiat ..Ibubapa mereka juga telah membuat keputusan yang baik , mereka ingin selamatkan anak mereka dari api neraka .Begitu juga dengan junjungan kita ,Nabi Muhammad a.s. yang telah menikahi Sadatina Aisyah ..Syafiq dan Yana hanya perlu bijak membahagikan masa , masa untuk belajar , masa bersama suami dan sebagainya ..Berikut juga ayahna telah memberitahu , perkahwinan muda adalah keturunan bagi keluarganya..Tidak hairan kenapa dia memberi restu kepada anaknya.Yana dan Syafiq perlu lebih berusaha belajar tengtang rumahtangga ..Saya ucapkan semoga berbahagia kepada mereka