Azalea Takdir Qismah

Drama terbaru untuk Slot Azalea terbaru Takdir Qismah akan menemui peminat drama pada 16 Julai. Para pelakon yang menjayakan drama ini ialah Lisadawati, Lana Nordin, Lynda Roslan, Aida Aris, Zul handy Black, Arash Mohamad, Adik Aqish, Alex Yanz dan ramai lagi.

Drama 24 epsiod ini terbitan MIG Production. Saksikan kisah penderitaan dan pengorbanan seorang wanita.

Lisdawati memegang watak Qismah, Lana Nordin sebagai Rosmah seorang wanita yang teraniya dan dipaksa menjadi pelacur.

Sinopsis  Takdir Qismah

Qismah disahkan mengandung, ibu Qismah terkejut apabila mengetahui qismah mengandung dan meninggal dunia kerana diserang angin ahmar. Kekasih Qismah Amir entah ke mana menghilang, Qismah harungi penderitaan seorang diri. Anak yang dilahirkan dijaga oleh keluarga angkat.

Dia hidup daif dan putus asa, manakala di tempat kerja dia sering diganggu oleh penyelianya.  Setelah beberapa lama Qismah memulakan hidup baru dan bekerja di rumah keluarga Tuan Rashid dan Puan Ella.

Di rumah Puan Ella Qismah menjaga anak Puan ella yang sebaya dengan anaknya dulu. Semakin hari semakin dia sayang Anis dan akhirnya Qismah percaya Anis adalah anak kandungnya kerana terdapat tanda lahir di badan Anis menyerupai tanda di badan anaknya.

Bagaimanakah kesudahan cerita ini, saksikan di tv3 petang ni jam 4.

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Azalea Takdir Qismah”

  1. Ajumohit says:

    Akak copy ye nuriz tq
    Ajumohit recently posted..Sinopsis Takdir Qismah Slot Azalea TV3

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold