Atlet Malaysia Nur Suryani Taibi 29, yang sarat mengandung menjadi tumpuan media Amerika serta para blogger kerana semangat yang ditunjukkan oleh beliau untuk menyertai acara menembak pada sukan Olimpik di London. Akhbar New York Daily News menulis dengan tajuk ” penyertaan wanita paling sarat mengandung dalam sejarah sukan ternama ini“.
Penyertaan Nur Suryani yang sarat mengandung 8 bulan itu, mendorong media Amerika membuat spekulasi tentang jumlah wanita hamil yang menyertai sukan Olimpik setakat ini. Fakta mengenainya sukar diperoleh kerana Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa tidak mempunyai rekod tentang perkara itu.

petikan dari Bernama:

menurut akhbar itu, sekurang-kurangnya tiga wanita hamil sudah beraksi pada sukan Olimpik dan itupun Sukan Olimpik Musim Sejuk Antarabangsa.
Kali terakhir membabitkan jaguh acara Curling Kanada Kristie Moore yang bertanding pada Olimpik Vancouver 2010 ketika hamil 5 bulan setengah.
Penyertaan atlet ini menjadi lebih sensasi apabila dia memenangi pingat perak bagi acara itu.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kes wanita hamil mengambil bahagian dalam pertandingan sukan, selain sukan Olimpik.
Amber Miller, 27, turut mencipta sensasi apabila dia menyertai Chicago Marathon tahun lalu ketika hamil 39 minggu dan melahirkan bayi perempuan hanya beberapa jam selepas acara itu.
Media Amerika melaporkan Nur Suryani sebagai berkata dia ingin melahirkan anaknya dengan cara yang betul. Sebuah akhbar melaporkan wanita bersemangat waja ini “membelai anak yang dikandungnya dengan kata-kata penuh kasih sayang”.
Nur Suryani menduduki ranking ke-47 di dunia dan doktor membenarkannya membuat perjalanan ke luar negara.
New York Times memetik atlet ini sebagai berkata apabila tua kelak, dia akan berkata kepada anaknya: “Kamu sungguh bernasib baik. Belum lahir lagi, kamu sudah menyertai sukan Olimpik!”
p/s: Semoga Nur Suryani membawa kejayaan buat Malaysia, jika tidak menang emas pun, anda telah membanggakan semua rakyat Malaysia
July 25th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

Masyarakat sana lebih mudah tersentuh dengan perkara-perkara tentang kehidupan.
akubiomed recently posted..Komen cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati