Hari ni 23 Julai vokalis kumpulan Peterpan Ariel atau nama sebenar Nazril Irham dibebaskan dari penjara setelah 2 tahun ditahan berikutan tersebarnya video lucah Ariel dengan kekasihnya Luna Maya yang menggemparkan di negara seberang dan juga di Malaysia. Dia tahan di penjara Bandung pada 23 Jun 2012 dan dibebaskan hari ini, walaubagaimanapun pembebasan Ariel masih lagi bersyarat
Ariel tidak boleh ke luar negara, dia hanya boleh ke luar negara jika ada urusan yang berkaitan dengan kemanusiaan, ibadah dan juga kerana menjalani rawatan kesihatan. Dia juga tidak dibenarkan membuat persembahan di luar negara kecuali konsert berkaitan kemanusian mungkin dibenarkan.

Menurut laporan laman web Kapan lagi.com, Ariel perlu membuat laporan sebulan sekali kepada pihak berkuasa dan ada satu badan khas yang akan mengawasi dan memantau pergerakan dan kelakuan Ariel. Pihak yang berkenaan akan mengawasi dia dengan membuat lawatan ke rumah Ariel atau disebut home visit.
Ariel sempat menyapa peminatnya di laman twitter:
“Untuk semua sahabat peterpan yang tadi hadir di Kebun Waru, saya sangat menghargai kehadiran kalian, dan terimakasih atas doa-doa yang tulus,”
sumber gambar : kapanlagi.com
July 23rd, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

.. moga selepas ni Ariel mampu menaikkan kembali popularitinya walau tanpa group PeterPan.
iAwani recently posted..Price Panda Laman Jual Beli Gajet Malaysia
Maybe byk lagu best dri ariel pasni.. Lbh meletoppp dri dulu..
Mama Hanim recently posted..Gulai Kawah Batang Pisang Baling Kedah
Kebebasan yang penuh makna buat beliau.
akubiomed recently posted..Komen cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati