Aqasha dan Nazim Othman Wujudkan Team Ammar dan Team Bazli di Twitter

Setiap petang pasti peminat setia drama Dejavu di Kinabalu tak akan miss nak lihat apa seterusnya yang berlaku kepada cinta Ammar, Nadira dan juga Bazli. Drama ini dilihat mendapat sambutan hangat hinggakan pihak tv3 memberi peluang kepada penonton untuk memilih siapa yang patut memiliki Nadira, Ammar atau Bazli.

Sekarang pun dah asyik tersasul je nak sebut Nazim Othman dengan nama Bazli :). kira Nazim Othman yang dulu kurang dikenali, kini dia sudah ada peminat sendiri, nama pun dah lekat dgn nama Bazli..macam kena je dengan dia. Lakonan Nazim dalam drama arahan Erma Fatima ni lebih banyak menyerlahkan bakat dia sebagai pelakon yang tak nampak dalam drama2 lakonan dia sebelum ni.

Tapi tu la Bazli ni terlalu baiklah sangat, sampai Nadira buat apa pun dia masih sayang kat Nadira tu..ok kalau korang rasa Bazli atau Ammar yang layak miliki Nadira …apa lagi undi lah calon kesukaan korang…

kalau nak undi taip Dejavu A atau B dan hantar ke 33399 bermula 16 Julai 2012 jam 8.00 malam sehingga 26 Julai jam 8.00 malam.

Team Ammar dan team Bazli

Pelakon Aqasha yang membawa watak Ammar telah menubuhkan Teamammar di twitter pada 19 Julai lalu manakala Nazim Othman pula mewujudkan teambazli untuk meraih sokongan peminat masing masing..

 

Keputusan undian antara Ammar dan Bazli dilihat sangat sengit je beza hanya 1 atau 2 % je kadang2 Ammar naik 1 % lepas tu Bazli pulak mendahului Ammar..sengit sengit…

Artikel lain :

Siapa pilihan hati Nadira episod akhir 2 OGOS ni

 

nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold