Anzalna dan Neelofa Tak Bersalaman Ketika Majlis Perdamaian

Semalam di satu sidang media di Hotel Royal Bintang Damansara berlangsung di mana kedua pelakon Neelofa dan Anzalna dipertemukan untuk membuat perdamaian. Seniman yang diketuai oleh Zed Zaidi terlebih dahulu memohon supaya pergaduhan antara mereka berdua tidak lagi dipanjangkan dan berharap Neelofa dan Anzalna dapat berdamai.

Namun kedua pelakon itu kelihatan dingin dan tidak berpandangan, dilihat majlis semalam tak lebih dari sekadar aku janji. Walaupun ucapan maaf dari Anzalna dah diucapkan tetapi hairan kedua pelakon itu tidak bersalaman antara satu sama lain. Mereka juga enggan dirakamkan gambar berdua oelh pihak media yang hadir.

Anzalna perlu membaca skrip mohon maaf yang disediakan oleh Neelofa

Anzalna yang telah bersedia untuk mengucapkan permohonan maaf, dengan selamba berkata

” Oh i kena baca ikut apa yang you tulis eh?”

Skrip yang ditulis oleh Neelofa berbunyi :

” Saya Anzalna Nasir dengan nasihat Seniman ingin memohon maaf kepada Neelofa Mohd Noor kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Harian pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya, dan saya tiada bukti kukuh untuk menyokong kenyataan tersebut”

Secara jujurnya saya tidak bermaksud apa-apa ketika mengeluarkan kenyataan dan tidak berniat mahu mengaibkan sesiapa. Sebaliknya kenyataan tersebut telah dimanipulasi oleh pebagai pihak. Sekali lagi saya ingin memohon maaf kepada Neelofa dan saya tidak mahu perkara ini berpanjangan.”

Kemudian Neelofa nampaknya berpuas hati dengan permohonan maaf tersebut dan bersyukur apabila perkara itu sudah selesai, dia menganggap tindakan itu sebagai mempertahankan dirinya dan maruah keluarga. Juga membuktikan dia di pihak yang benar.

Anzalna sebak

Anzalna menitiskan air mata apabila ditanya oleh wartawan, apa perasaannya ketika itu, dia menerima perkara itu sebagai dugaan sebagai pelakon baru. Dia rela hati menerima masihat dari Seniman untuk memohon maaf dan mengakui akan berhati-hati selepas ini.

komen Anzalna,

” Apa yang saya lakukan pada hari ini, adalah semanta-mata kerana Allah, kerana hidup di dunia ini hanya sementara. Saya tidak mahu aibkan lebih ramai orang. Namun meminta maaf bukan bermaksud kalah”.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Anzalna dan Neelofa Tak Bersalaman Ketika Majlis Perdamaian”

  1. akubiomed says:

    Apa pun sudah berdamai. :-)

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold