Akasia Kau Yang Terindah – Neelofa, Hafil Andrio, Nazim Othman

Akan datang untuk slot Akasia baru Kau Yang Terindah selepas Dejavu di Kinabalu, juga diarahkan oleh Erma Fatima. Kali ni Erma memperkenalkan pelakon luar dari seberang  Hafil Andrio untuk jadi hero, berlakon bersama heroin Neelofa dan Nazim Othman.

Neelofa sempat menghabiskan shooting terkahir untuk drama ni, sebelum berangkat ke tanah suci Mekah 5 Julai lalu.

Kau Yang Terindah ini akan ditayangkan pada 6 Ogos 2012, dengan 26 episod.

Sinopsis Kau Yang Terindah

Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya.  Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.

Kisah cinta 3 segi antara Shamil , Alisha dan Firman …adakah sehebat kisah  cinta Nadira, Ammar dan Bazli?

 

Gambar hero baru Erma Fatima Hafil Andrio dari Indonesia

 Nazim Othman memegang watak Kapten Shamel seorang pilot dalam drama Kau Yang Terindah.

Pengambaran dibuat juga di Mekah, pengarah Erma Fatima dan pelakon Nazim Othman juga ada di Mekah untuk menghabiskan pengambaran Kau Yang Terindah di sana.

 

Gambar pelakon Kau Yang Terindah di Mekah

Neelofa dan Nazim Othman di Mekah

Nazim dan Neelofa

 

 

 

Siapa pilihan Alisha.. Shamil atau Firman?Erma Fatima nak suruh orang vote juga ke pasni??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Akasia Kau Yang Terindah – Neelofa, Hafil Andrio, Nazim Othman”

  1. iAwani says:

    Nazim tampil segak berpakaian seragam seorang Kapten, cayalah!
    iAwani recently posted..HTC Akan Perkenal Tablet Terbaru

  2. SitiAisyah says:

    Cantiknyer Nealofa pakai tudung…..Subhanallah.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold