Gara gara ucapan Abby Abadi di dalam video demo pembebasan tahanan ISA di kem Kamunting, Ac Mizal menulis luahan hatinya yang tidak berpuas hati ke atas kenyataan Abby yang dilihat sebagai menghina pihak polis. Kemudiannya Ac Mizal mengajak Abby untuk berdebat mengenai isu tersebut.
Abby menjawab kembali di twitter juga yang dia tidak bermaksud menghina pihak polis tetapi jika Ac Mizal mahu berdebat dengannya dia akan tunjukkan bukti yang kenyataannya tidak langsung menghina polis seperti yang didakwa Ac Mizal.
Dalam satu kenyataan lain hari ini di laman web malaysian digest, Ac Mizal berkata dia hanya berkecil hati dengan kenyataan Abby kerana dia datang dari keluarga polis/ anak polis.
“Bagi saya, fahaman politik itu terpulang kepada diri masing-masing, tapi sensitiviti itu perlu ada. Saya hanya terasa hati dengan apa yang dia cakap sebab saya anak polis. Ahli keluarga saya ramai yang jadi polis. Saya hanya kecewa sebab dia kutuk polis, sebab saya keluarga polis, itu saja,”
Ac Mizal minta nasihat orang
“Saya dah minta nasihat orang-orang tertentu mengenai isu ini, jadi biarkan sajalah. Biarkan dia dengan ketidakpuasan hatinya itu. Bagi saya, kebijaksanaan kadang-kadang bukan datang dari akal, tapi dari perasaan. Akal dan mulut kadang-kadang tak dapat dikawal.
“Mungkin apa yang dia cakap tak kena pada batang hidung sendiri dan terkena pada sekumpulan orang. Bagi saya, kita tak boleh cakap dalam satu kumpulan itu semuanya jahat dan atas dasar itu saya dinasihat untuk biarkan saja apa yang Abby nak cakap.
“Saya juga tidak ada hak untuk mengatakan dia betul atau tidak, tapi saya percaya Islam ini ada Rukun Iman dan Rukun Islam. Bagi saya politik hanya fahaman, politik bukan agama. Apa yang dia buat, jika dia rasa dia betul, terpulang pada dia. Saya hanya doakan dia sentiasa selamat dan sejahtera.
“Dia pun tak buat salah pada saya, cuma saya saja yang terasa hati dengan kenyataan dia. Bagi saya, tak perlu maaf-bermaafan. Hanya nasihat saya, berjaga-jaga sajalah, sebab setiap tindakan itu mesti ada balasan dan kesannya. Jangan hanya ambil tindakan tanpa memikir kesannya,”
Eloklah tu Ac mizal lupakan saja isu tersebut kerana Abby pun hanya memberi pandangan dia sendiri, kalau nak berdebat pun banyak isu lain yang boleh diperdebatkan. Di bulan puasa yang mulia ni memang patut tak diperbesarkan isu ini.
July 25th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in 

la naper tak jd pulak
Rizz recently posted..min min in da house..
aik? Tidak jadi? Alhamdulillah.. hehe .. usah didebatkan. Bukankah lebih baik turunkan ego, bersatu kemudian bekerjasama?
iAwani recently posted..26 Juta iPhone dan 17 Juta iPad Terjual