Zizan Beli Hadiah Istimewa Buat Juliana Evans

Hubungan antara  pelawak Zizan dan juga Juliana Evans semakin akrab dan intim tetapi mereka berdua tidak pernah memberikan kenyataan rasmi tentang hubungan mereka sama ada mereka ni benar2 bercinta atau teman tapi mesra aje ke?  Juliana Evans yang baru pulang dari Amerika Syarikat kerana bercuti musim panas minggu lalu mengaku mereka saling rindu kerana lama tak bertemu.

Juliana melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian filem, video dan media di Universiti Michigan, akan berada di Malaysia hingga raya puasa ni.

Juliana rindu Zizan

“Memang rindu sebab lama tidak jumpa. Ini kali pertama kami berjumpa selepas saya pulang ke Malaysia. Sebelum ini, Zizan sibuk dengan penggambaran filem Bikers Kental di Thailand. Kami belum sempat berborak panjang lagi.”

Zizan pula ada belikan hadiah istimewa untuk Juliana, tetapi enggan memberitahu apa kah hadiah tu.. wahh bertuah betul Juliana ye..

bertuah jugak Zizan kalau betul Juliana yang cantik ni jadi gefren dia kan..

Kejutan dia untuk saya, mana boleh beritahu, rahsia,”

Zizan mengaku sayang pada Juliana

“Saya sayangkan Jue tetapi masih ada pagar. Betul, saya pernah jumpa keluarganya, ibunya banyak beri saya nasihat. Begitu juga dengan Jue, dia pernah jumpa ibu bapa saya. Ibu saya suka dan senang dengan Jue,”

“Mungkin sebab Zizan selalu tolong saya dan kami rapat, jadi keluarga saya juga baik dengannya. Zizan baik, selalu mengambil berat tentang diri saya, dia kelakar. Siapa yang tidak suka dengan dia (ketawa),”

Juliana mengakui ibunya tidak pernah menghalang malah senang dengan hubungan dia dan Zizan. Nampanyak Zizan dah dapat lampu hijau kan..tetapi mcm Zizan kata ada pagar..ada batas batasnya..

Bila Zizan nak kahwin?

“Saya tidak kisah bertemu jodoh dengan sesiapa pun, saya akan terima kerana itu kerja Allah. Cuma saya rancang sebelum umur 30 tahun, saya mahu berkahwin, tetapi tidak tahulah terlaksana atau tidak. Buat masa ini saya belum bersedia untuk kahwin.”

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold