Zarina Jamalulail Pelakon Aku Kau dan Dia

Masih baru dan asing lagi pelakon yang bernama Zarina Jamalulail, tetapi Zarina diberi kepercayaan untuk menjadi pelakon utama dalam filem arahan Pierre Andre ‘Aku Kau & Dia’. Filem cinta lakonan Zarina, Pekin dan Remy Ishak sudah ditayangkan pada 28 Jun. Siapa Zarina Jamalulail ni? mari kita lihat biodata dan sedikit sebanyak tentang Zarina

Zarina Jamalulail 23 tahun, mengikut jejak langkah rakan seperjuangannya seperti Neelofa, Izara Aishah, dan Anzalna kini dia terbabit dalam bidang lakonan pula, dia pernah menyertai Dewi Remaja tahun 2010. Kiranya rakan rakan lain dah mula awal, Zarina baru dan belum dikenali di persada seni.

Zarina anak kedua dari 3 adik beradik lulusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Fesyen di Universiti Lim Kok Wing. Dia yang kini dengan tampil dengan imej bertudung amat minat melukis dan sukan ice skating.

Opps….Zarina Jamalulail sudah berpunya

Dia sudah mendirikan rumahtanggan dengan seorang ahli perniagaan pada tahun lalu dan sedang menanti kelahiran anak sulung, usia kandungan mencecah 6 bulan kini.

Tak seperti artis baru lain ada yang suka menyorok status mereka kalau sudah berkahwin tetapi Zarina ni terbuka dan tidak menyimpan rahsia yang dia sudah berumahtangga.

Tak mahu suami lihat babak intim dalam filem Aku Kau dan Dia

Zarina berkata dia seboleh-bolehnya tidak mahu suaminya menonton filem tersebut kerana bimbang akan beberapa babak intim yang dilakonkan bersama Pekin dan Remy, membuatkan suaminya tidak selesa.

“Kalau boleh memang tak nak bagi dia tonton cerita ni. Bukan dia tidak terbuka cuma saya yang bimbang dia tidak selesa. Suami memang memberi sokongan terhadap karier lakonan saya tapi dia lagi galakkan saya untuk ceburi bidang pengacaraan. Kalau nak berlakon pun lepas ni, saya perlu teliti dari segi pemilihan watak agar ianya sesuai dengan imej saya sekarang”

 

Sinopsis Aku Kau dan Dia

Berlatar belakangkan panorama kotaraya Kuala Lumpur, Aku, Kau & Dia mengisahkan tentang harapan Mia (Zarina) yang kehilangan tunangnya Ilhan dalam kemalangan jalanraya. Untuk mengubati kerinduan pada arwah, Mia mencipta sebuah lagu dan didedikasikan untuk Ilhan.

Kemudian Mia mengalami kemalangan dan dia koma selama dua minggu. Pulih dari koma, dalam usaha Mia cuba mendapatkan kembali ingatannya, dia bertemu dengan Izlan (Remy Ishak) seorang pemuzik jalanan dan mereka akhirnya rapat.

Dari situlah bermulanya konflik hidup Mia. Ingatanya masih kuat pada Ilhan. Tetapi adakah Izlan cinta baru Mia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold