Zarina Jamalulail Nafi Suami Bayar Untuk Potong Adegan Panas

Pelakon baru Zarina Jamalulail yang membintangi filem arahan Pierre Andre Aku, Kau dan Dia, menafikan yang khabar angin mengatakan suami dia yang membayar sejumlah wang untuk memotong adegan panas dan romantik dalam filem tesebut yang dilakonkan bersama Pekin Ibrahim.

Ulas Zarina lagi dia yang meminta pihak produksi Tayangan Unggul untuk memotong sedikit adegan yang tidak wajar memandangkan dia kini sudah berhijrah dan bertudung sejak Disember tahun lalu.

“Diakui memang saya ada minta pihak penerbit untuk memotong sedikit adegan yang saya rasa tidak manis ditonton umum, kerana saya sudah bersuami dan bertudung. Ia telah mendapat persetujuan semua termasuklah pengarahnya, Pierre Andre. Tetapi tidaklah sampai suami perlu membayar ratusan ribu ringgit kepada penerbit semata-mata untuk pemotongan adegan tersebut, ia tak masuk akal. Saya kesal dengan hal ini kerana suami tidak ada kaitan langsung. Harap-harap kenyataan ini jelas dan difahami semua pihak. Saya tak mahu kerana gosip sebegini, kerjaya suami pula yang terganggu.”

Minggu lalu laman web hiburan telah melaporkan kononnya suami Zaria seorang vip telah membayar untuk adegan romantik itu dipotong hinggan menjejaskan jalan cerita dalam filem itu.

“Kalaulah saya tahu akan berkahwin dan berhijrah dalam tempoh masa terdekat, sudah semestinya saya tidak akan mengambil tawaran berkenaan. Tetapi pada ketika itu, saya menganggap filem ini sebagai platform untuk meneruskan kerjaya di bidang seni selepas menyertai Dewi Remaja,” ujarnya yang kini sedang mengandung enam bulan.

Zarina tak nak berlakon lagi

“Buat masa ini saya tak mahu berlakon lagi dan ingin mencuba sebagai pengacara agar lebih mudah dalam hal pengurusan masa. Bagaimanapun saya tak nak cakap besar, mana tahu, jika ada tawaran yang bersesuaian pada masa akan datang, saya akan pertimbangkan,”

sumber : budiey.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold