Wanita China Miliki 7 Benjolan Tumor Di Mukanya

Wanita bernama Li Hongfang 40 tahun ni mempunyai 7 benjolan tumor di wajahnya, dia ditakuti oleh orang sekeliling kerana mempunyai muka yang pelik. Li yang tinggal di perkampungan Tianchao, tak mampu nak mengubati sakitnya kerana kos rawatan adalah sangat tinggi.

Bermula pada tahun 2001 dia sedar ada satu benjolan bersaiz sebesar kuku di bahagian dahinya, kemudian benjolan tu semakin ketara hingga dia merasa bimbang dan meminta bantuan untuk rawatan. Li diberi 300 yuan dan 2 beg gandum.

Doktor mencadangkan dia pergi ke hospital¬† besar di Xi’an untuk ujian lanjut. Li enggan kerana dia takut kena kos yang besar. Selepas kematian suami pada tahun 2005 dia menjual barang-barang berharga untuk menampung kos pembedahan tetapi keadaan tidak menjadi baik.

Dari hasil ujian, doktor mendapati dia ada 7 tumor atau kanser tulang dan kos pembedahan ialah sekitar 600,000 yuan. Li memang tak mampu nak sediakan wang sebanyak tu, pilihan bagi dia sekarang hanya berulang alik ke hospital sejauh 70km dan memakan ubat yang diberikan oleh doktor. Li ada dua orang anak lelaki berusia 17 dan 14 tahun yang keluar bekerja untuk membantunya.

sumber : china.org.cn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold