Muzik video lagu You Came To Me kolaborasi penyanyi, komposer dan penulis lagu terkenal Sami Yusuf dan Dato Siti Nurhaliza sudah dilancarkan. Muzik dan alunan suara antara mereka berdua sangat baik. Ini merupakan kerjasama pertama bagi Sami Yusuf, penyanyi British berusia 31 tahun ini dengan artis Asia. Video klip yang telah pun ada di you tube mendapat pelbagai pujian dan tak kurang juga yang
mengkritik penampilan Datuk Siti di dalam muzik video You Came To Me yang sedikit mendedahkan bahagian rambutnya.
Ada yang berpendapat alangkah baik dan elok jika penyanyi kesayangan Malaysia ini memakai tudung dan menyesuaikan dengan lagu dakwah yang didendangkan.

Video muzik Sami Yusuf dan Dato Siti Nurhaliza (didendangkan dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris)
Turut dikongsikan di sini akan berlangsung Konsert Salaam pada 14 Julai ini, bertempat di Stadium Malawati Shah Alam , jam 9 malam, turut membuat persembahan ialah Datuk Siti Nurhaliza dan juga kumpulan MOHRAMÂ di konsert itu nanti berduet dengan Sami Yusuf.
Anda boleh dapatkan tiket secara online di http://www.airasiaredtix.com/. Harga tiket ialah di antara RM 295 hingga RM55.
June 23rd, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

kalau lagu dakwah tu, mmg sesuai sngt la kena kutuk sebab pakai tudung gitu…mcm mana nak dakwah gitu. hehe…
APAN recently posted..Buatan Malaysia: 10 Ragam Pemilik Kereta (Bahagian 2)
Not bad.. selawat nabi.. Memang dari dulu suka Yusof Islam..
nurmisnan recently posted..Senyum pertama di muka bumi