Jurucakap kepada Golden Dawn sebuah parti berhaluan kanan Ilias Kasidiaris menyerang dua ahli politik wanita dari parti politik berhaluan kiri. Kejadian bermula apabila Ilias menyimbah air ke muka Rena Dourou( baju warna oren) dari Parti Syriza yang sedang berhujah.
Perbuatannya dibantah oleh Liana Kanelli (berbaju putih) seorang ahli Parti Komunis dengan menggelar Ilias sebagai ‘facist’. Perbuatan itu membuatkan Ilias bertambah berang lalu menampar Liana Kanelli bertalu-talu.
Pendakwaraya telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ilias atas tindakannya itu namun tidak dapat dipastikan sama ada dia telah ditangkap dan didakwa.
Insiden dalam sesi debat yang berlangsung di stesen ANTENA TV pada 7 Jun 2012 itu mendapat perhatian meluas di seluruh dunia dan dsaksikan oleh tidak kurang 600,000 orang di youtube setakat hari ini 9 Jun 2012.
Video
June 17th, 2012
Nuriz Ibrahim
Posted in
Tags: 

wow! aksi tampar menampar..
Ash recently posted..DEFINISI ANCHOR TEXT
lawak lah…mula lelaki tu simbah air..lepastu bagi penampo pulak..
memalukan~~