Ujian Memandu Dengan Gear Automatik Ditangguhkan

Sebelum ni ada pegumuman dari Kementerian Pengangkutan akan menyediak ujian memandu dengan gear automatik di samping gear manual bagi memberi pilihan kepada yang nak guna gear automatik. Sepatutnya ujian dengan gear automatik dilaksanakan pada Mei lalu (baca sini) tetapi disebabkan beberpa kekangan maka ia ditangguhkan.

Pertikan berita dari Bernama

Pelaksanaan ujian memandu menggunakan kenderaan transmisi automatik yang sepatutnya dilaksanakan bulan lalu terpaksa ditangguhkan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Beliau berkata, penangguhan itu disebabkan kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.

“Kurikulum baru sudah tersedia dan kita jangkakan pelaksanaan ujian mungkin dibuat dalam tahun ini juga,” katanya.

Abdul Rahim berkata, peruntukan yang diperlukan untuk mencetak buku dan membeli peralatan adalah kira-kira RM5 juta.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu akan dilaksanakan pada bulan Mei sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

Kurikulum baru itu memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya. – BERNAMA

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Ujian Memandu Dengan Gear Automatik Ditangguhkan”

  1. akubiomed says:

    Harap suatu hari nanti akan ada ujian memandu untuk lesen kereta automatik.
    akubiomed recently posted..Abang Ensem di Mata Aku

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold