Tiz Zaqyah Enggan Komen Berkenaan Isu Tak Peduli Remy Ishak

Tiz Zaqyah enggan memberikan sebarang komen begitu jugak dengan Remy Ishak apabila ditanya mengenai isu Tiz tidak endah atau tak peduli Remy sakit. Tiz dan Remy dari dulu lagi memang tak suka bercerita tentang hubungan cinta mereka sebaliknya lebih menumpukan pada kerjaya.

Isu Tiz tak peduli Remy hanya timbul apabila Remy meluahkan di akaun twitternya semasa dia demam panas. Nak buat macam mana dah nama pun artis apa artis kata dan buat semua peminat nak tau, tambahan pulak twitter dan facebook menjadi medium yang cepat dan mudah tersebar.

Remy di twitter:

“Masuk hospital, demam panas. Call girlfriend tetapi dapat layanan macam sampah. Nasib badan,”

komen Tiz

Tiz menjelaskan tweet tersebut bukan daripadanya dan enggan memberikan komen lanjut.

“Mungkin dia sakit. jadi saya biarkan saja.”

Adakah Tiz tidak melawat kekasihnya di hospital, Tiz menjawab dia kini masih sibuk dengan pengambaran Dejavu di Kinabalu.

“Saya tidak tahu hendak komen apa sebab saya jenis yang sukar untuk berkongsi kisah peribadi dengan sesiapa. Mungkin 10% sahaja tentang diri saya yang orang luar tahu,”

“Interpretasi masyarakat terhadap hubungan ini tidak pernah berakhir. Perkara ini hanya secubit sahaja dalam kehidupan orang.”

“Ia (spekulasi) akan tetap terjadi. Orang akan tetap berkata sama ada saya bercerita atau tidak. Bagi saya, lebih baik saya berdiam diri. Lagi pun ia’nya perkara normal, boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,”

 

Remy masuk hospital akibat jangkitan paru paru
nurizspace

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

CommentLuv badge
Powered by WordPress | Designed by: backlinks | Thanks to personal loans, payday loans and world of warcraft gold